Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Syed Saddiq Pengerusi Kaukus Medical Cannabis -

Syed Saddiq Pengerusi Kaukus Medical Cannabis

SEMBILAN Ahli Parlimen bersetuju menubuhkan Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan kanabis perubatan bagi mengurangkan kemudaratan sebagai antara bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.

Satu kenyataan bersama oleh sembilan Ahli Parlimen berkenaan hari ini menyatakan kaukus berkenaan diwakili Ahli Parlimen merentas pelbagai parti sebagai usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi berkaitan ketum dan kanabis perubatan.

“Kaukus ini akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian kerajaan bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan kanabis dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditulis Syed Saddiq dan ahli-ahli kaukus iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Khalid Abd Samad (Shah Alam); Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat); Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang); Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching); Dr Azman Ismail (Kuala Kedah); Lukanisman Awang Sauni (Sibuti) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Sebagai sebahagian daripada rangka kerja awal, kaukus berkenaan akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.

Menurut kenyataan itu ia juga selaras dengan usaha mengembangkan industri ketum dan kanabis perubatan di Malaysia yang memberi manfaat kepada industri kesihatan negara.

“Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk manfaat rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA