Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Squid Game mahu 'tawan' Paris -

[VIDEO] Squid Game mahu ‘tawan’ Paris

SIRI popular terbaru Korea Selatan, ‘Squid Game’ kini berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah.

Bermula Sabtu hingga Ahad, ‘Squid Game’ akan berada di sebuah kafe di Paris bagi memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan kakitangan yang berpakaian berwarna merah seperti pengawal yang ada di dalam rancangan itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Turut dipamerkan, permainan ketika zaman kanak-kanak dikenali 

‘dalgona bbobgi’ yang terdapat dalam siri popular itu.

‘Squid Game’ sebuah siri thriller yang mempunyai sembilan bahagian, berkisar kepada peserta yang mengambil bahagian dalam satu siri permainan untuk memenangi hadiah wang tunai 45.6 bilion won (US$ 38.5 juta).

Sebaik dilancarkan secara rasmi pada 17 September, rancangan itu terus menduduki tangga ke-10 teratas siri paling popular di Netflix dan menjadi rancangan Korea Selatan pertama menduduki No. 1 dalam senarai 10 rancangan Netflix di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Ted Sarandos berkata siri itu bakal menjadi rancangan paling berjaya.

“Squid Game pasti akan menjadi rancangan bukan berbahasa Inggeris kami yang paling popular di dunia,” katanya. – SB