Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Krisis politik Melaka: 'Setahu saya tiada konkrit' - Anwar -

Krisis politik Melaka: ‘Setahu saya tiada konkrit’ – Anwar

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau memohon untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, berhubung spekulasi yang mendakwa kerajaan Melaka bakal tumbang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau juga tidak menerima sebarang maklumat terperinci mengenai situasi sebenar yang berlaku di negeri itu, termasuk ada gerakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dikatakan tidak menyokong kerajaan negeri ketika ini.

“Ada laporan media yang menyatakan saya akan menghadap TYT (Tuan Yang Terutama), tetapi saya tidak…belum ada permohonan untuk saya menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka.

“Orang ramai memaklumkan tetapi tiada yang konkrit (kukuh), saya hanya mengetahui melalui laporan, setahu saya tiada konkrit,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pantai Teluk Kemang di sini, hari ini.

Sejak semalam, spekulasi mengenai kepimpinan kerajaan Melaka yang diterajui UMNO didakwa bakal tumbang bertiup kencang, susulan empat ADUN kerajaan dikatakan melompat ke Pakatan Harapan (PH).