JUMLAH KES COVID di Malaysia mencatatkan satu lagi rekod penambahan iaitu 19,819 kes harian, naik hampir 2,000 kes berbanding 17,105 kes yang dicatatkan semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyakl 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur, 2,467 kes dan Kedah, 1,371 kes.
Jumlah kes pada hari ini merupakan yang tertinggi dicatatkan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.
Berikut pecahan bagi setiap negeri:
Selangor – 8,377
WPKL – 2,467
Johor – 1,162
Sabah – 949
Sarawak – 552
Negeri Sembilan – 800
Kedah – 1,371
Pulau Pinang – 867
Kelantan – 1,003
Perak – 662
Melaka – 508
Pahang – 558
Terengganu – 481
WP Labuan – 5
WP Putrajaya – 46
Perlis – 11 – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.