Tag: Wisma Putra
-
Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia terkesan dalam insiden tembakan di NZ
TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra). Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu. Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang…
-
Jenazah pendaki Malaysia dibawa turun ke Kathmandu hari ini-Wisma Putra
USAHA membawa turun jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini, sekiranya operasi dari Camp 4 itu berjalan lancar mengikut jadual. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi peserta…
-
Armada BERSATU desak Wisma Putra panggil Duta Besar Sweden, Denmark
ARMADA BERSATU mendesak Wisma Putra memanggil kedua-dua Duta Besar Denmark dan Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras negara ini terhadap jenayah keji ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan di Stockholm baru-baru ini. Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan memanggil duta berkenaan adalah penting untuk menunjukkan bahawa Malaysia…
-
Wisma Putra siasat dakwaan ada rakyat Malaysia terkorban pada pesta Halloween di Korea
KEMENTERIAN Luar sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Republik Korea, bagi memastikan kesahihan berkaitan dakwaan ada rakyat Malaysia terkorban dalam insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, Korea Selatan, Sabtu lalu. Jurucakap Wisma Putra berkata, setakat ini pihaknya sedang mengesan kesahihan dakwaan mengenai rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden ini seperti tular dalam media sosial.…
-
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran yang jelas terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta…
-
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi bakar al-Quran di Sweden
MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi oleh pemimpin Stram Kurs, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Linkoping, Sweden. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad menyifatkan tindakan itu melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara. “Tindakan itu merupakan suatu usaha provokasi dan menghasut kebencian yang mesti ditolak semua pihak yang inginkan keamanan dan…