Tag: Wan Junaidi
-
Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara
BEKAS menteri undang-undang, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim bermula hari ini. Namanya dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelantikan itu kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara tanpa perbahasan kerana dia adalah satu-satunya calon yang dinamakan. Terdahulu, Wan Junaidi, bekas Menteri…
-
Kerajaan muktamadkan keputusan dasar pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori
KERAJAAN telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dalam dua siri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikannya…
-
Tiada syarat baharu bagi urusan bertanding pilihan raya
TIADA keperluan untuk menambah syarat baharu bagi urusan pencalonan wakil untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, khususnya bagi calon yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata syarat pencalonan pilihan raya sedia ada yang termaktub dalam Perkara…
-
Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib di bawa ke Kabinet bulan hadapan
LAPORAN Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia berikutan kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun…
-
19 isu penting dikenal pasti menerusi dakwaan dalam buku Tommy Thomas
LAPORAN akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) telah mengenal pasti 19 isu penting yang memerlukan perhatian kerajaan berikutan dakwaan yang terdapat dalam buku tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan akhir PPK yang mengkaji dakwaan dalam…
-
Belanjawan 2023 dibentang 7 Oktober – Wan Junaidi
RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata belanjawan itu akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Okt ini.…
-
‘Saya pun menangis’, menteri undang-undang beritahu ibu terjejas keputusan kerakyatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan rasa simpati dan memahami kesukaran dihadapi ibu mempunyai anak dilahirkan di luar negara yang tidak mendapat taraf kerakyatan. Menurut Wan Junaidi, beliau pernah menyaksikan sendiri bagaimana isu berkenaan menjejaskan kehidupan golongan itu, malah beliau tidak dapat menerima dugaan ditanggung mereka.…
-
Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan
KABINET hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Bagaimanapun, katanya ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak berkepentingan lain diadakan bagi membincangkan…
-
RUU larangan tukar parti dipersembah kepada Agong dalam masa terdekat
RANG Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) No. 3 2022 Pindaan mengenai Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selepas mendapat perkenan, rang undang-undang itu akan…
-
RUU anti lompat parti dibahas, digulung Rabu, Khamis ini
UNDANG-undang berhubung anti lompat parti akan dibentang pada 27 dan jika tiada halangan akan digulung keesokan harinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) berhubung peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu juga, telah menjalani banyak sesi libat urus sejak Januari lepas,…