Tag: vaksinasi
-
Hanya 7 peratus pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital
SELEPAS jumlah populasi dewasa yang lengkap vaksin mencapai 90 peratus, kadar kemasukan ke hospital membabitkan pesakit kes Covid-19 semakin menurun dan sehingga kini hanya merekodkan tujuh peratus daripada 106,047 kes yang masih aktif di negara ini. Sebahagian besar mereka yang terjangkit hanya menjalani kuarantin di rumah. Berdasarkan maklumat di laman web COVIDNOW, sehingga kini seramai…
-
90.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksin
MALAYSI kini mencatat 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (13 Oktober). Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja. Ini…
-
Temujanji vaksinasi MySejahtera tidak laku di KK Kuala Selangor
TINDAKAN Klinik Kesihatan Kuala Selangor tidak mematuhi temujanji vaksinasi yang telah ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera menimbulkan pelbagai soalan dan kesulitan kepada penerima vaksin khususnya dalam kalangan remaja. Seorang ibu kepada remaja terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Bienda berkata, beliau terkejut apabila diberitahu perlu mendaftar dan membuat temujanji semula untuk vaksinasi dos kedua anaknya. “Ketika…
-
Tak perlu ujian Covid-19 masuk Langkawi
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 bagi individu yang ingin melancong ke Langkawi, berkuat kuasa hari ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, malah tiada kluster COVID-19 yang berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi. “Ia juga…
-
Jangan sesekali leka, alpa kerana virus dalam komuniti – Muhyiddin
ORANG ramai diingatkan supaya tidak sesekali leka dan alpa sehingga mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana virus COVID-19 masih berada dalam komuniti tatkala kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak perlu mengamalkan kawalan kendiri dengan ketat termasuk memakai pelitup muka, mengelakkan bersentuhan, menjaga…
-
Tempahan vaksinasi di fasiliti swasta Lembah Klang bermula hari ini
INDIVIDU sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi COVID-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua mereka kini boleh mendapatkan imunisasi berkenaan secara percuma di fasiliti kesihatan swasta selain klinik kesihatan kerajaan. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan ia menerusi program tempahan vaksin untuk golongan dewasa bermula hari ini menerusi 98 fasiliti kesihatan swasta…
-
Ujian saringan tidak wajib, tapi digalakkan: PM
UJIAN pengesanan kendiri COVID-19 tidak diwajibkan untuk kebenaran merentas negeri yang mula berkuat kuasa esok namun digalakkan demi keselamatan ahli keluarga, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata melakukan ujian saringan kendiri itu menjadi sebahagian daripada tangggungjawab seseorang individu untuk melindungi ahli keluarga serta golongan berisiko. “Terutama yang balik kampung, saringan sama ada PCR ataupun RTK, saya tak…
-
Fasa endemik: Lindungi kanak-kanak bawah 12 tahun daripada terdedah Covid-19
Oleh Nor Hayati Endan SASARAN kerajaan untuk beralih ke fasa endemik terus berada di landasannya, malah kini strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan lagi mengejar imuniti kelompok sebaliknya memberi perlindungan kepada seramai mungkin penduduk melalui vaksinasi COVID-19. Tumpuan KKM kini adalah memasuki fasa transisi ‘hidup bersama virus COVID-19’ sebelum beralih ke fasa endemik. Ketika fasa ini bilangan kes berada…
-
Populasi dewasa lengkap vaksin cecah 89.7 peratus
MALAYSIA mencatat 89.7 peratus populasi dewasa atau 21,003,074 orang telah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (9 Okt), menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus hanya berbaki 0.3 peratus. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan disiarkan portal COVIDNOW, sebanyak 94.7 peratus atau 22,176,018 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, sejumlah 83,443 dos suntikan vaksin diberikan…
-
Pantai Air Papan di Mersing kembali meriah dengan pengunjung
PANTAI Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Mersing kembali meriah dengan kehadiran pengunjung beriadah, selepas sekian lama sepi akibat pandemik COVID-19. Selain seronok dapat mandi-manda di pantai, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan. Salah seorang pengunjung…