Tag: tuntutan
-
Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
SEORANG kakitangan di sebuah sekolah di Johor Bahru yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini. Perintah reman hingga 9 Feb terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret R.Salini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
-
Tuntutan Dong Zong satu bentuk ugutan – GPMS
GABUNGAN Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan tuntutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai satu bentuk ugutan kepada Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk. Ahli Majlis Tertinggi GPMS, Mohd Wafiyuddin Al-Awal Musa, berkata penolakan terhadap tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) oleh Dong Zong bukanlah kerana perkauman tetapi asas kepada…
-
PH mahu PM penuhi tiga lagi tuntutan sebelum PRU-15
SUSULAN kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti, Pakatan Harapan (PH) kini menuntut tiga lagi perkara dilaksanakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, termasuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun seperti ketetapan dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini. Selain itu, Perdana Menteri, juga dituntut membentang dan meluluskan RUU Perkhidmatan Parlimen dan Pindaan kepada…
-
CUEPACS rayu kerajaan segera tunaikan tuntutan gaji penjawat awam
KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kepada kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam. Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan permohonan tiga perkara utama iaitu pelaksanaan…
-
Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan – Hishammuddin
TUNTUTAN veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk pencen bukan hanya melibatkan Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak pihak lain lebih-lebih lagi jika ia berkait rapat dengan kemampuan atau kewangan negara. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya. “Jumlah veteran ATM mencecah 300,000…
-
Lebih ramai pegawai akan digerakkan ke peringkat negeri, segerakan permohonan subsidi penternak ayam – MAFI
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menghantar lebih ramai pegawainya ke peringkat negeri bagi mempercepatkan bayaran subsidi kepada penternak ayam dalam usaha meningkatkan pengeluaran domestik. Dalam satu kenyataan, MAFI memaklumkan setakat ini hanya RM50 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Feb lepas, selaras penetapan harga…
-
Tuntutan faedah kes Covid-19 diproses di bawah kategori penyakit khidmat – Perkeso
BERMULA 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat. PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus). “Sekiranya Orang Berinsurans…
-
PM mengorak langkah ke hadapan selesaikan isu MA63 – Jeneri
KOMITMEN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah gambaran jelas kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikannya secara tuntas. Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata Perdana Menteri yang menyentuh perkara itu semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) semalam, telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam…