Tag: Tawau
-
Warga emas hilang disyaki dibaham buaya
SEORANG lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau…
-
Ka Siong pertikai harga tiket penerbangan KL-Tawau, sifatkan terlalu mahal
BEKAS Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal. Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, Ka Siong berkata hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April…
-
6 termasuk pegawai, anggota polis dituduh bunuh pemandu e-hailing
ENAM pegawai dan anggota polis termasuk seorang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini, 13 Januari lalu. Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Rosdi Rastam, 44; Denis Anat Anit, 44; Fabian Anak Rungam, 43; Khairul…
-
Kes bunuh Tawau: Tujuh individu termasuk enam anggota polis akan didakwa
TUJUH suspek terdiri enam anggota polis dan satu orang awam akan dituduh di Mahkamah Majistret Tawau petang ini melibatkan kes pembunuhan seorang lelaki pada 13 Jan lepas di Tawau. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihak polis telah melengkapkan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan lengkap telah dimajukan ke Pejabat Peguam Negara semalam. “Semua…
-
Kes bunuh di Tawau: Reman lapan anggota polis dilanjut seminggu
TEMPOH reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini. Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.…
-
Kes bunuh di Tawau bermotif cemburu -Polis
KES bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah. Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah. Menurut Idris tiga orang awam…
-
Lebih 12,000 mangsa banjir di empat negeri berlindung di PPS
SERAMAI 12,090 mangsa banjir di empat negeri terjejas dengan bencana itu kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi ini. Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 6,843 orang daripada 2,412 keluarga dan semuanya ditempatkan di 29 PPS di lima daerah, berbanding 6,394 mangsa…
-
Wanita maut dikelar di leher dipercayai disamun
SEORANG wanita maut akibat dikelar di leher dipercayai disamun dalam kejadian di Kampung Titingan di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata pihaknya menerima laporan kejadian terhadap warga asing berusia lingkungan 30-an berkenaan pada 7.30 malam. “Terdapat kesan cedera di leher mangsa disyaki dikelar dengan objek tajam dan maklumat awal polis…
-
Wanita maut dipijak gajah liar di Tawau
SEORANG wanita maut dipercayai diserang seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan, pagi Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Samsiah Arshad, 50, maut selepas dipijak gajah liar tersebut. Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa…
-
32 kilogram dadah dirampas APMM di Tawau
GARA-gara takut ditahan, seorang lelaki yang juga juragan bot bertindak membuang sebuah beg berisi 32 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.76 juta di perairan Inderasabah, Tawau pada malam Isnin selepas dikejar bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pengarah APMM Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata rampasan dadah menerusi Op Sejahtera…