Tag: SPR
-
PRN Johor: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
PROSES pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini. Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini. Pada 8 Mac, sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya…
-
PRN Johor: Pusat mengundi Balai Raya Pulau Besar, Mersing ditutup
BALAI Raya Pulau Besar di Mersing, ditutup pada pukul 11 pagi, menjadi pusat mengundi pertama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditutup hari ini. Pusat mengundi yang mempunyai satu saluran bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan mempunyai 34 pengundi yang layak mengundi itu dibuka untuk proses pengundian selama tiga jam bermula 8…
-
Johor mengundi – 2.5 juta tentukan hala tuju bangsa Johor
SERAMAI 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini. Sebanyak 36,729 kertas undi pos telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan menjalankan tanggungjawab mengundi awal,…
-
PRN Johor: Anak muda teruja lakar sejarah
TERUJA untuk menjadi sebahagian daripada sejarah, Raja Muhammad Haiqal Raja Jaafar, 20, yang akan mengundi buat pertama kali merancang untuk tiba awal di pusat mengundinya. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 anak muda berusia 18 hingga 20 tahun…
-
PRN Johor: Proses pengundian awal tamat
PROSES pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 berakhir 5 petang ini. Bagaimanapun, terdapat pusat mengundi awal yang telah ditutup pada 12 tengah hari dan 2 petang. Sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal yang bermula 8 pagi tadi. Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia…
-
PRN Johor: 64 peratus selesai mengundi awal
SEBANYAK 64 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 1 tengah hari tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran dibuka bermula jam 8 pagi bagi proses pengundian awal…
-
Undi awal PRN Johor bermula 8 pagi
SEBANYAK 63 pusat mengundi bersiap sedia dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang bermula 8 pagi, hari ini. Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini. Kemudahan di Ibu Pejabat Polis…
-
Individu menyamar pegawai SPR cuba ganggu ceramah PN
KETUA Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan perbuatan segelintir pihak yang dipercayai menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mengganggu majlis ceramah Perikatan Nasional (PN). Menurutnya kejadian itu dikesan dalam ceramah PN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, malam 4 Mac lalu apabila terdapat dua tiga individu yang memakai jaket…
-
PRN Johor bermula hari ini
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di 56 pusat penamaan yang akan dibuka pada 9 pagi. Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu. Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan. Menurut prosedur operasi standard…
-
PRN Johor: Daftar Pemilih mula dijual
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor mulai semalam. Menurut SPR dalam kenyataan hari ini, menerusi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, suruhanjaya itu dibenarkan menjual daftar pemilih…