Tag: Sempadan
-
Kementerian Luar nafi dakwaan 10,000 rakyat Malaysia berada di Thailand secara tidak sah
KEMENTERIAN Luar Negeri hari ini menegaskan dakwaan terdapat 10,000 orang rakyat Malaysia masih berada di Thailand secara tidak sah atau lebih masa adalah tidak berasas sama sekali dan jika pun ada yakin jumlah itu adalah jauh lebih kecil. Kementerian berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, Kementerian dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla…
-
Pembukaan sempadan: PGA diatur gerak pantau pintu masuk
PASUKAN Gerakan Am (PGA) telah diatur gerak untuk membuat pemantauan rapi di kawasan berhampiran pintu masuk negara sebagai persediaan pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tumpuan diberikan kepada kawasan utara Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak. “Program turut akan dilancarkan di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah…
-
Pembukaan sempadan rancakkan ekonomi – Mustapa
PEMBUKAAN semula sempadan negara akan kembali merancakkan sektor ekonomi Malaysia dan Thailand serta meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, sama seperti yang berlaku sebelum penularan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan kerajaan untuk membuka sempadan pada 1 April nanti amat dinantikan semua pihak khususnya mereka yang terkesan…
-
Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap ’tekong darat’ jika seludup migran
MANA-MANA pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai ‘tekong darat’ sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan…
-
Polis Melaka nafi tutup sempadan negeri sempena PRN
POLIS Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti ditularkan menerusi media sosial. Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata prosedur operasi standard (SOP) yang tular sejak petang tadi adalah palsu dengan disunting daripada SOP PRN Sabah sebelum ini dan perkara itu kini disiasat mengikut Seksyen 233…
-
Pintu sempadan hanya dibuka selepas Fasa Endemik Covid-19
PEMBUKAAN pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik wabak itu dan kesediaan untuk peralihan ke fasa endemik akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan. “Apabila kita…