Tag: Selangor
-
57 guru KAFA Selangor tolak vaksin boleh dibuang kerja
SEBANYAK 57 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang masih enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 walaupun telah digantung tugas berdepan risiko ditamatkan perkhidmatan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19. “Kita sudah maklumkan ini lebih awal dan menyarankan agar Jabatan…
-
48 cerun di Ampang Jaya dalam kategori kritikal
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan sebanyak 48 daripada 118 cerun di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah dalam kategori sangat kritikal dan memerlukan kos kira-kira hampir RM100 juta untuk pembaikan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata bagaimanapun, kos sebenarnya bergantung kepada kajian lanjut oleh pakar…
-
12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terlibat sindiket pinjaman wang haram
POLIS Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjamanan wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada…
-
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 6 petang
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini. Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, menurut amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari. Kawasan terlibat di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang…
-
Polis tahan 6 individu terbabit sindiket pengedaran dadah
POLIS Selangor menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri di sekitar Kuala Langat dan Klang pada Isnin lepas, dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Lembah Klang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata bagi kes pertama, pihaknya menahan empat lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia menerusi…
-
Mangsa banjir di empat negeri menurun, Terengganu pulih sepenuhnya
JUMLAH mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun setakat tengah hari ini berbanding pagi tadi, manakala di Terengganu banjir pulih sepenuhnya dengan penutupan kesemua PPS di negeri itu. Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit manakala di Selangor jumlahnya masih kekal seperti pagi tadi.…
-
Bantuan mangsa banjir Selangor diperluas ke bidang lain
KERAJAAN Negeri Selangor akan memperluaskan bantuan banjir kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu yang turut meliputi pertanian, perniagaan dan persekolahan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bantuan tersebut akan diperluaskan dari semasa ke semasa dengan tumpuan sekarang diberikan kepada pembersihan dan pengagihan bantuan sokongan asas. “(Bantuan) akan diumum dari semasa ke semasa…
-
46 lokasi tanah runtuh di Selangor, Kuala Lumpur – 9 kritikal
SEBANYAK 46 lokasi tanah runtuh dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sembilan daripadanya dikategori pada tahap kritikal setakat hari ini, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Laporan Kejadian Tanah Runtuh Monsun Timur Laut yang dikeluarkan JMG hari ini memaklumkan sembilan lokasi tanah runtuh itu membabitkan dua lokasi di sini, iaitu Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan…
-
Banjir: Jumlah mangsa menurun di semua lima negeri
SEBANYAK 37,295 orang daripada 10,944 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri pagi ini. Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 233 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Jumlah mangsa banjir di KELANTAN terus mencatatkan penurunan setakat 8 pagi ini, apabila seramai 681 mangsa daripada 218 keluarga…