Tag: Sarawak
-
Muhyiddin ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
PESTA Kaamatan dan Hari Gawai pasti disambut dalam suasana lebih meriah berbanding dua tahun lalu ketika negara berjuang melawan pandemik COVID-19. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun disambut dalam suasana norma baharu, kegembiraan meraikan perayaan ini tetap dirasai. “Nyatakan kegembiraan meraikan perayaan ini dengan kita saling berkunjung dan merapatkan silaturahim sesama…
-
PRU-15: Salang serah soal pencalonan kepada PRG, GPS
PRESIDEN baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum menyerahkan soal pencalonan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang kepada pucuk kepimpinan parti itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Katanya walaupun beliau kini menerajui PRS tidak bermakna ia membolehkannya memutuskan sendiri sama ada untuk bertanding atau sebaliknya dalam pilihan raya umum akan…
-
Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakkan fizikal mulai 1 April
SARAWAK membenarkan solat fardu dan sunat, khutbah serta wirid di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19. Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang diumumkan Majlis Islam Sarawak (MIS), semua aktiviti pengimarahan masjid, surau serta aktiviti sosial di premis-premis berkenaan dibenarkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal. Pengurusan…
-
Operasi pencarian Eric dihentikan – Polis
OPERASI pencarian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie, di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak Ahad lepas, telah dihentikan pada 6 petang hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata walaupun pelbagai inisiatif pencarian telah diambil pasukan operasi, namun pencarian Eric telah terbatas oleh beberapa faktor antaranya bentuk muka…
-
Bersatu Bintulu hulur bantuan keluarga mangsa dibaham buaya
KEJADIAN ngeri seorang wanita dibaham buaya ketika memancing di Sungai Telong, Suai, Sarawak, mendapat perhatian Ketua Bahagian Bersatu Bintulu, Duke Janteng yang mengadakan tinjauan di lokasi kejadian, pada Khamis. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Duke Janteng yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kebajikan Komuniti Bintulu (KKKB) menghulurkan bantuan kepada waris mangsa bagi meringankan beban keluarga mangsa.…
-
Kes kehilangan Eric kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh
POLIS kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata berdasarkan siasatan terkini, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini iaitu ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. “Dua suspek iaitu pasangan penjaga yang…
-
Varian Omicron kini dominan di Sarawak
OMICRON kini menggantikan Delta sebagai varian yang dominan dalam penularan COVID-19 di Sarawak. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Universiti Malaysia Sarawak, Dr David Perera dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini. Beliau berkata, kadar pengesanan kes positif varian Omicron daripada data pemerhatian yang…
-
Polis rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM300,000
PASUKAN Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Kuching merampas rokok serta minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dan dianggarkan bernilai RM292,142 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Serian, Sarawak, semalam. Menurut jurucakap PPMW5 Kuching, serbuan jam 12.15 tengah hari itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang ramai. Katanya, siasatan mendapati penjaga premis gagal mengemukakan…
-
Penduduk Sarawak diingatkan bersedia hadap luruan monsun
PEJABAT Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan. MCO dalam kenyataan hari ini, meminta orang ramai mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir. “Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,”…
-
Hari pengundian awal bermula, GPS kekal dianggap mendahului
PENGUNDIAN awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bermula hari ini, dengan pandangan ramai kekal merasakan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diberikan mandat semula untuk mentadbir negeri, dan persoalan utama kini adalah berapa jumlah kerusi yang mampu dimenanginya. Hanya empat DUN menyaksikan pertandingan satu…