Tag: SAR
-
Lelaki lemas di Empangan Bakun
LELAKI yang dilaporkan hilang di Ulu Naha Nyabong, di hulu Empangan Bakun, Sarawak, Selasa lalu ditemukan lemas, malam tadi. Mayat Heli Nyalong, 36, ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada jam 9.40 malam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa timbul berdekatan dengan perahunya yang ditemukan hanyut sebelum…
-
Cebisan anggota badan dipercayai milik pendaki wanita hilang di gunung suku ditemukan
PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan cebisan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, pada Ahad. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan anggota badan itu ditemukan pada 4.30…
-
Bersatu Bintulu hulur bantuan keluarga mangsa dibaham buaya
KEJADIAN ngeri seorang wanita dibaham buaya ketika memancing di Sungai Telong, Suai, Sarawak, mendapat perhatian Ketua Bahagian Bersatu Bintulu, Duke Janteng yang mengadakan tinjauan di lokasi kejadian, pada Khamis. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Duke Janteng yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kebajikan Komuniti Bintulu (KKKB) menghulurkan bantuan kepada waris mangsa bagi meringankan beban keluarga mangsa.…
-
Operasi mencari kanak-kanak Orang Asli hilang diteruskan
KEHILANGAN kanak-kanak perempuan Orang Asli dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri di Gerik, Perak masih menjadi misteri apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukannya walaupun sudah memasuki hari keenam hari ini. Kamaliah Anab, 10, yang berambut keriting dan tinggal di Hutan Temenggor Kampung Selaur kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan berseluar biru. Ketua…
-
Anjing pengesan diguna untuk cari 5 mangsa hilang
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa banjir yang masih hilang di Pahang hingga jam 12 tengah hari pada Sabtu. Ketua Pengarah, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lima mangsa dilaporkan hilang itu dikenal pasti penduduk sekitar Kampung Tanjung dan Telemong (Bentong), Laman Pesona Cheroh (Raub) serta…
-
Agong sertai operasi SAR tentera hilang di Sg. Pahang
SIKAP prihatin dan berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini terserlah apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki bot meskipun dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator siri 1/2021 pada Ahad lepas. Al-Sultan Abdullah, yang mengenakan…
-
Lalat jadi petunjuk temui mangsa tragedi kepala air
MAYAT mangsa kelima tragedi kepala air di Gunung Jerai, Kedah ditemui dalam keadaan menghadap kiblat dan masih sempurna selepas lima hari dilaporkan hilang, dipercayai akibat dihanyutkan air deras. Warga emas berusia 91 tahun itu yang juga bekas imam Masjid Jamek Badlishah, di Yan ditemui dalam operasi kira-kira jam 3 petang semalam. Ketika itu, pasukan mencari…