Tag: rosmah mansor
-
Peguam positif Covid-19, permohonan Rosmah hakim tarik diri dengar kes ditangguh
PENDENGARAN permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya, ditangguhkan ke 3 Feb. Penangguhan itu berikutan peguam utama yang mewakili isteri bekas perdana menteri itu disahkan positif COVID-19. Hakim Mohamed Zaini menetapkan tarikh itu selepas peguam Azrul Zulkifli…
-
Najib tidak akan bagi keterangan kes Rosmah
DATUK Seri Najib Razak tidak akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion. Terdahulu, hari ini, bekas Perdana Menteri itu dijangka memberi keterangan sebagai saksi ketiga pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan. Bagaimanapun, Datuk Jagjit…
-
Perbicaraan Rosmah ditangguh lagi, status MySejahtera masih jingga
PERBICARAAN kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, ditangguhkan sekali lagi, berikutan status MySejahtera isteri bekas perdana menteri itu masih berwarna jingga. Status jingga dalam MySejahtera menunjukkan bahawa Rosmah mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Sehubungan itu, peguam bela, Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah, memberitahu mahkamah yang…
-
Skandal 1MDB: Pendakwaan mohon tangguh perintah lucut hak barangan mewah
PIHAK pendakwaan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah melucut hak barangan mewah dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu yang diputuskan Mahkamah Tinggi. Barangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada Najib, Rosmah, dua anak mereka dan lima lagi responden yang…
-
Kes rasuah projek solar ditangguh, Rosmah kontak rapat kes Covid-19
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek solar hibrid kepada 369 sekolah di luar bandar di Sarawak berikutan status MySejahtera menunjukkan beliau kontak rapat kes COVID -19. Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijadualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status…
-
Rosmah gagal batalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid
PERMOHONAN Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan…
-
Gagal hadir prosiding, mahkamah tidak keluar waran tangkap Rosmah
Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya dengan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini. Berita Harian melaporkan panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun memerintahkan Rosmah hadir di mahkamah Isnin ini bagi mengikuti prosiding…
-
Barang kemas: Global Royalty fail semula saman terhadap Rosmah
FIRMA barang kemas Lubnan Global Royalty Trading SAL akan memfailkan semula saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menuntut ganti rugi terhadap 43 barang kemas bernilai US$14.57 juta yang didakwa masih berada dalam milikan isteri bekas perdana menteri itu. Perkara tersebut dimaklumkan peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalty ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes…
-
Rosmah mohon supaya Hakim Mohamed Zaini tarik diri kes AMLA
DATIN Seri Rosmah Mansor memohon supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Rosmah, 69, yang memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi…
-
[VIDEO] Najib, Rosmah dikecam warganet Singapura
WARGANET Singapura mengecam teruk laporan media berhubung keputusan mahkamah memulangkan pasport sementara Datin Seri Rosmah Mansor untuk menemani anak perempuannya bersalin di republik berkenaan. Portal di Singapura membuat liputan keputusan mahkamah di Malaysia yang mengembalikan pasport kepada Rosmah. Mereka juga turut membuat liputan terhadap permohonan suaminya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…