Tag: polis
-
Polis buru lelaki pukul pemandu lori
POLIS memohon kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berhubung insiden seorang lelaki memukul seorang pemandu lori dengan topi keledar di Plaza Tol Tanjung Kupang, Gelang Patah, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pihaknya maklum mengenai perkara itu selepas tular video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang membuat kecoh di kawasan…
-
PGA rampas pistol bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing
PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 18 merampas sepucuk pistol semi auto bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing yang cuba masuk tanpa kebenaran ke negara ini. Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata kira-kira 8 malam pada 10 Mei, anggota PGA yang melakukan Rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis telah menahan 12 warga asing di…
-
Suami isteri tular buat aksi ‘wheelie’ serah diri
POLIS hari ini menahan sepasang suami isteri di Kelantan selepas usaha mengesan pasangan itu dibuat susulan rakaman video mereka menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ tular di media sosial. Menurut Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, pasangan berusia 16 dan 17 tahun itu menyerah diri pada pukul 10 pagi tadi di IPD Kota Bharu.…
-
Polis cekup warga emas ligat samun guna pistol mainan
TAKTIK seorang warga emas bersenjatakan pistol mainan untuk menyamun akhirnya gagal apabila lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit, di Jalan Onn Jaafar, Ipoh semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada kira-kira jam 4 petang. “Sepasukan anggota dari balai…
-
Aidilfitri: Polis tumpu 76 lokasi hotspot kemalangan seluruh negara
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada 76 lokasi hotspot yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena sambutan perayaan Aidilfitri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan…
-
Polis putus sebahagian jari digigit penagih dadah
SEORANG anggota polis putus sebahagian jarinya apabila digigit lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah di hadapan pos pengawal Balai Polis Sungai Besi di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian pada 10.15 malam itu suspek berusia 34 tahun datang ke balai polis berkenaan dan menjerit mahu menyimbah…
-
Polis tahan enam lelaki warga asing dipercayai pecah masuk pejabat
POLIS menahan enam lelaki warga asing di Metro Prima, Kuala Lumpur Khamis lepas, yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat dan melarikan sejumlah mata wang asing bernilai RM50,000 di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata semua suspek yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun…
-
Polis tahan lima lelaki pukul,campak wanita bawah jambatan
POLIS menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting, kira-kira 30 kilometer dari sini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Bin Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada Khamis lepas, 3.25 pagi, mengatakan telah…
-
Seramai 120 individu ditahan tidak punyai lesen jual bunga api
SERAMAI 120 individu telah ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180 bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu. Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan…
-
Lelaki disyaki keldai akaun ditahan
POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi “keldai akaun” kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lepas. Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya tepi jalan di Bayan Lepas, di Balik Pulau. “Bertindak hasil maklumat…