Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
perkeso Archives -

Tag: perkeso

  • Waris dua mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih layak terima faedah PERKESO

    Waris dua mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih layak terima faedah PERKESO

    WARIS kepada dua mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan waris kepada Allahyarham Karim Abdullah, 39, iaitu adiknya, Muhammad Firdaus akan menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000, di bawah Skim Keilatan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta…

  • Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu

    Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu

    SEORANG pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dan 3.0 berjumlah RM87,500, dua tahun lepas. Raymond Sim, 35, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang didakwa dilakukannya di dua…

  • Peniaga mengaku tak bersalah, tuntut RM1.12 juta program Penjana

    Peniaga mengaku tak bersalah, tuntut RM1.12 juta program Penjana

    SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi program Penjana Kerjaya 2.0 membabitkan jumlah RM1,123,030. Mohd Eszahar Mansor, 38, didakwa dengan niat memperdaya Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso Melaka Nurshahera Nordin dengan mengunci masuk 19 pekerja syarikat Eszahar Maju Enterprise ke dalam…

  • Empat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya

    Empat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya

    EMPAT individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Program Penjana Kerjaya 2.0 membabitkan RM208,400. Keempat-empat tertuduh itu ialah Mohamad Firdaus Fauzi, 28, Muhammad Ammar Roslan, 31, Muhammad Danish Fauzi, 22, dan Lajis Majid, 64, Mohamad Firdaus berdepan tiga pertuduhan dengan dua…

  • Bekerja sendiri termasuk penghantar makanan wajib carum Perkeso

    Bekerja sendiri termasuk penghantar makanan wajib carum Perkeso

    KERAJAAN melalui pembentangan Bajet 2023 mewajibkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu yang bekerja sendiri terutamanya dalam sektor berisiko tinggi seperti penghantar barang dan makanan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penggiat sektor ekonomi itu terjamin. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, pada tahun 2020 hanya segelintir pekerja gig seperti penghantar makanan mampu melindungi diri…

  • Cuepacs dakwa jabatan kerajaan hutang caruman Perkeso lebih RM32 juta

    Cuepacs dakwa jabatan kerajaan hutang caruman Perkeso lebih RM32 juta

    KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendakwa sebuah jabatan kerajaan gagal membayar tunggakan lebih RM32 juta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pekerja kontrak dan sementara. Memetik laporan Free Malaysia Today, Presiden badan yang menaungi kesatuan kakitangan awam itu, Adnan Mat berkata, tunggakan terbabit adalah caruman dari 2013 hingga 2020, berjumlah RM32,151,063. Beliau…

  • SPRM siasat 40 kakitangan KSM, Perkeso

    SPRM siasat 40 kakitangan KSM, Perkeso

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 40 kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Putrajaya, pagi tadi. Mereka dikatakan dibawa keluar dari pejabat untuk disoal siasat dalam serbuan SPRM itu. Dipercayai sebagai sebahagian daripada siasatan sedang dijalankan yang digelar Ops Hire, MalaysiaKini hari ini melaporkan, bahawa tidak jelas berapa ramai…

  • Tuntutan faedah kes Covid-19 diproses di bawah kategori penyakit khidmat – Perkeso

    Tuntutan faedah kes Covid-19 diproses di bawah kategori penyakit khidmat – Perkeso

    BERMULA 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat. PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus). “Sekiranya Orang Berinsurans…

  • 13 majikan degil didakwa atas pelbagai tuduhan – Perkeso Kelantan

    13 majikan degil didakwa atas pelbagai tuduhan – Perkeso Kelantan

    PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendakwa 13 majikan degil termasuk satu waran tangkap dikeluarkan atas pelbagai tuduhan sejak Januari tahun lepas sehingga semalam (10 Februari). Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata dalam tempoh tersebut, sejumlah RM17,600 denda dikenakan kerana kegagalan majikan mencarum untuk pekerja mereka. “Antara kesalahan didakwa terhadap majikan seperti gagal membayar caruman, gagal…

  • Perkeso bayar faedah RM 1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan

    Perkeso bayar faedah RM 1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan

    PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM 1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bayaran faedah itu termasuk ketegori hilang upaya sementara dan kekal, faedah perubatan dan orang tanggungan, selain faedah pengurusan mayat. Sehubungan itu, Awang berkata, kementeriannya…