Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
penjara Archives - Page 2 of 7 -

Tag: penjara

  • Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah

    Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah

    DUA sahabat terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar 626.55 gram dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas. Bagaimanapun, Mohd Shazril Hafez Ibrahim, 29, dan Ahmad Sawal Ramle, 32, selaku perayu disabitkan terhadap kesalahan memiliki dadah itu dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan.…

  • Bekas pemilik rumah pengebumian dihukum penjara 20 tahun jual anggota badan

    Bekas pemilik rumah pengebumian dihukum penjara 20 tahun jual anggota badan

    BEKAS pemilik rumah pengebumian di Colorado, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada Selasa selepas didapati bersalah menjual anggota badan si mati. Megan Hess, 46 tahun, mengaku bersalah pada Julai tahun lepas atas tuduhan menipu ahli keluarga si mati dengan memotong 560 mayat dan menjual anggota badan tanpa kebenaran. Menurut dokumen mahkamah,…

  • Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri

    Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri

    SEORANG duda dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku bersalah menyamun seorang wanita warga emas di sebuah dobi layan diri, dua minggu lepas. Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas pekerja restoran Mohamed Ghibran Mohamed Yusof, 23, selepas dia mengaku melakukan samun dengan mengambil dan melarikan sebuah beg…

  • Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, nangis lihat jenazah

    Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, nangis lihat jenazah

    IBU kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir. Wanita itu yang sedang menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam, Kluang akibat kesalahan dadah, tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 2.15 petang tadi dengan diiringi…

  • Tipu tiket penerbangan: Pekerja ladang dipenjara 3 tahun, 3 sebatan

    Tipu tiket penerbangan: Pekerja ladang dipenjara 3 tahun, 3 sebatan

    MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan ke atas seorang pekerja ladang kerana memperdayakan agensi pelancongan untuk menyerahkan tiket penerbangan membabitkan kerugian RM26,588. Tertuduh T Haans Raaj, 22, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca jurubahasa di tiga mahkamah berasingan. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh…

  • Cabul dan tujuk kemaluan, lelaki dihukum penjara, denda RM 6,000

    Cabul dan tujuk kemaluan, lelaki dihukum penjara, denda RM 6,000

    Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,000 terhadap seorang pembantu restoran kerana mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada wanita. Yap Jian Sheng, 24, menjalani hukuman penjara bermula kelmarin iaitu hari tangkapan dan akan dipenjara tiga minggu lagi jika gagal membayar denda berkenaan. Majistret Nuzul Izzah Shaharuddin menetapkan keputusan itu…

  • Tiga bekas anggota TLDM kekal dipenjara 25 tahun sebabkan kematian rakan setugas

    Tiga bekas anggota TLDM kekal dipenjara 25 tahun sebabkan kematian rakan setugas

    MAHKAMAH Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 25 tahun terhadap tiga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang rakan mereka, sembilan tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan akhir Muhammad Zahirudin Nordin, 33, Mohd Hood Mah Hasib, 33, dan Muhammad Faidhi…

  • Rasuah: Bekas Hakim Mahkamah Sesyen dipenjara, denda

    Rasuah: Bekas Hakim Mahkamah Sesyen dipenjara, denda

    SEORANG bekas Hakim Mahkamah Sesyen hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rasuah berhubung prosiding mahkamah. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmil Muntapha Abas, 48, iaitu bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan…

  • Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun, dan 20 kali sebatan

    Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun, dan 20 kali sebatan

    SEORANG pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 20 kali sebatan, selepas gagal dalam rayuan mengenepikan sabitan atas dua pertuduhan merogol adik iparnya. Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah, menolak rayuan lelaki itu selepas mendapati rayuannya itu tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan…

  • Jho Low, bapa dihukum penjara

    Jho Low, bapa dihukum penjara

    MAHKAMAH Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng, kerana menghina mahkamah. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mengeluarkan waran komital serta memerintahkan mereka membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua…