Tag: pemandu
-
Kes edar dadah: Pemandu peribadi terlepas tali gantung
SEORANG pemandu peribadi dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengedar 47 kilogram ganja, lima tahun lepas. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu. Nur Azimuddin Md Noor, 42, yang berasal dari Pulau…
-
Empat sekeluarga maut: Pemandu treler direman tiga hari
PEMANDU treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, petang semalam, direman tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin selepas mendapat permohonan polis bagi meneruskan siasatan berhubung kes tersebut. Ketua Polis Perak Datuk Mior…
-
Pemandu, lima cedera bas kilang ke Singapura terbabas
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEBUAH bas kilang yang membawa sembilan penumpang hilang kawalan sebelum melanggar bantuan konkrit jambatan di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru, hari ini. Kemalangan pada pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan bas berkenaan terbabas ke bahu kiri jalan berkenaan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assiten Komisioner Rupiah Abd…
-
Lelaki rempuh suami isteri OKU direman empat hari
Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Jasin semalam, ditahan reman empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap operator kilang berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini. Dalam kejadian pada 7.45…
-
Lelaki ditahan polis selepas tular pandu secara berbahaya
SEORANG lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video dalam satu kejadian di Jalan Beruas-Parit-Ipoh pada Rabu. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berumur 23 tahun yang memandu Proton Saga FLX berwarna coklat itu ditahan di sebuah rumah di Pusing, Batu Gajah…
-
Lelaki positif dadah methamphetamine akibatkan kemalangan maut
SEORANG warga emas maut, manakala dua rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine di Kilometer 66 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta…
-
Pinjaman RM73,000 untuk ubah suai rumah lesap ditipu sindiket nombor TAC
SEORANG penjawat awam lelaki kerugian RM73,000 apabila wang pinjaman yang baharu diluluskan untuk ubai suai rumahnya lesap dalam akaun bank selepas ditipu sindiket nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E.Sundra Rajan berkata mangsa yang berusia 40 tahun dihubungi suspek lelaki tidak dikenali pada 14 Mac yang memaklumkan isteri…
-
Pemandu langgar polis didakwa hari ini
PEMANDU yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan anggota polis cedera di sekatan jalan raya di Seri Kembangan pada Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata kes berkenaan dirujuk kepada Penolong Pendakwa Raya pada jam 2 petang semalam dan mendapat arahan supaya dituduh…
-
Pukul pandu e-hailing hingga maut, enam individu ditahan
MALANG tidak berbau bagi seorang lelaki berusia 28 tahun yang diserang sekumpulan lelaki warga tempatan selepas berhibur bersama teman wanitanya, di sebuah pusat hiburan di Kepong pada 28 Dis lalu. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata seramai enam individu memukul mangsa yang merupakan pemandu e-hailing sehingga mengalami pendarahan di bahagian kepala, dan mangsa disahkan meninggal dunia…
-
[VIDEO] Polis cari pemandu kes langgar lari
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Toyota Corolla yang bertindak melarikan diri selepas merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dari arah belakang di Persiaran Bukit Jambul, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik MPV tersebut berhubung kejadian yang berlaku pada pukul…