Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
pelitup muka Archives - Page 2 of 3 -

Tag: pelitup muka

  • Keputusan pemakaian pelitup muka dibuat berasaskan data, kajian – Muhyiddin

    Keputusan pemakaian pelitup muka dibuat berasaskan data, kajian – Muhyiddin

    PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya keputusan menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan sebagai pilihan individu, dibuat berasaskan data dan kajian saintifik dari sudut kesihatan awam. Beliau berkata keputusan itu harus diterima semua pihak mengambil kira banyak negara termasuk United Kingdom kini sudah membenarkan rakyatnya tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam…

  • Ciri baru MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit – Khairy

    Ciri baru MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit – Khairy

    APLIKASI MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi. “Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya…

  • Guru tidak perlu pakai pelitup muka ketika mengajar – KPM

    Guru tidak perlu pakai pelitup muka ketika mengajar – KPM

    GURU-guru tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika mengajar di dalam kelas berkuat kuasa bermula 1 Mei ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu sidang akhbar yang berlangsung pada Khamis. Katanya, guru-guru dibenarkan untuk menanggalkan pelitup muka ketika sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.…

  • Info: SOP baharu Covid-19

    Info: SOP baharu Covid-19

    BERIKUT adalah antara prosedur operasi standard (SOP) baharu COVID-19 yang berkuatkuasa 1 Mei 2022. Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel positif diambil. Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka. Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah: Individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi…

  • Polis kesan warga asing enggan pakai pelitup muka tunjuk isyarat lucah

    Polis kesan warga asing enggan pakai pelitup muka tunjuk isyarat lucah

    POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang.  Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata rakaman video berdurasi 18 saat yang telah dimuat naik di akaun…

  • Kuatkuasa pelitup muka SIRIM ditunda tahun depan

    Kuatkuasa pelitup muka SIRIM ditunda tahun depan

    PENGUATKUASAAN Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM ditangguhkan ke 1 Jan 2023. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penangguhan itu bukan kerana kerajaan membuat pusingan U  tetapi sensitif dan prihatin terhadap keresahan…

  • Pelitup muka MS SIRIM: Jangan sampai harga meningkat – Pakar

    Pelitup muka MS SIRIM: Jangan sampai harga meningkat – Pakar

    PERAKUAN dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai depan, diharap tidak akan menyebabkan kenaikan harga produk itu di pasaran. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana sesuatu produk yang perlu mendapat verifikasi atau disahkan oleh agensi tertentu, adakalanya harganya akan…

  • Bazar Ramadan: Masih ada ibu bapa bawa anak-anak tanpa pelitup muka

    Bazar Ramadan: Masih ada ibu bapa bawa anak-anak tanpa pelitup muka

    KERAJAAN Terengganu kesal dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup merisikokan kesihatan anak mereka dengan membawa bayi dan kanak-kanak ke bazar Ramadan tanpa memakai pelitup muka. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata lebih-lebih lagi Terengganu masih berada pada kedudukan kedua terendah dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak…

  • Solat Jumaat: Saf kembali rapat, SOP kekal terpelihara

    Solat Jumaat: Saf kembali rapat, SOP kekal terpelihara

    IMAM solat di masjid-masjid di seluruh negara hari ini kembali kepada amalan biasa, mengingatkan para jemaah untuk merapatkan saf sebelum solat Jumaat bermula, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula hari ini. Umat Islam dibenar merapatkan saf setelah lebih dua tahun mereka menunaikan solat dengan jarak fizikal, bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun tinjauan Bernama…

  • PRN Johor: Pek perlindungan Covid-19 jadi cenderahati kempen PN 

    PRN Johor: Pek perlindungan Covid-19 jadi cenderahati kempen PN 

    PAKET pelitup muka, pencuci tangan serta lencana dijadikan pilihan sebagai cenderahati oleh calon Perikatan Nasional (PN) kepada masyarakat di sekitar Batu Pahat, Johor.  Sumbangan itu akan diserahkan kepada orang ramai khasnya pengundi yang ditemui calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Sia Wee Yet.  Tinjauan SatuBerita di bilik gerakan PN DUN Penggaram di Kampung…