Tag: Parlimen
-
42 Ahli Parlimen selesai bahas Bajet 2022
SERAMAI 42 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian membahaskan Bajet 2022 pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat. Sesi perbahasan dimulakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas yang antara lain meminta kerajaan menjelaskan dengan telus mengenai perbelanjaan projek-projek off budget. Selain itu, bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak…
-
Kertas dasar jenayah hendap dijangka dibentang di kabinet Disember ini
KERTAS dasar berserta cadangan pindaan undang-undang mengenai usaha menjenayahkan menghendap atau ‘stalking’ dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Disember ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri. “Kerajaan memberikan komitmen agar menghendap dijadikan sebagai satu jenayah di negara…
-
Ahli Parlimen terima dos penggalak bermula esok
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mula memberikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen bermula esok. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam pemakluman berkata sesi pemberian dos penggalak akan bermula 9.30 pagi di dewan bankuet Parlimen. “Bagi melindungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19,…
-
Individu cari kerja di luar negara dinasihat guna agensi pekerjaan berlesen
RAKYAT Malaysia yang mahu bekerja di luar negara dinasihat menggunakan agensi pekerjaan swasta yang mempunyai lesen sah untuk merekrut pekerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata melalui Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246), mana-mana syarikat yang ingin merekrut pekerja tempatan untuk bekerja di luar negara perlu diberikan lesen kategori B dan C di bawah…
-
Pemujaan salah: 47 kes dilaporkan tahun ini
SEBANYAK 47 kes pemujaan salah yang bertentangan dengan ajaran Islam dilaporkan sejak Januari 2020 hingga September lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata daripada jumlah berkenaan, 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes dari Januari hingga September tahun ini. Beliau berkata, antara langkah yang…
-
Sabah perlu wujudkan enakmen kawal selia bekalan air
KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air mencadangkan supaya Sabah mewujudkan sebuah enakmen yang berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang digunakan pakai di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata enakmen itu adalah bagi membolehkan industri bekalan air di Sabah beroperasi lebih efektif. Mengulas…
-
RUU keselamatan dan kesihatan pekerjaan diluluskan
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Akta Kilang dan Jentera 1967 atau Akta 139 dimansuhkan dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020. Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon selepas diputuskan menerusi undian suara majoriti. Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber…
-
Inisiatif elak peningkatan kes Covid-19 di PRN Melaka tumpuan sidang hari ini
MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan bagi mengelak peningkatan kes COVID-19 seperti yang berlaku di PRN Sabah, tahun lepas. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab lisan Waktu Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) kepada Perdana Menteri. Datuk Robert Lawson…
-
Usul pelantikan Timbalan Speaker ditangguh ke persidangan akan datang
USUL pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan datang. Penangguhan usul itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat dan dipersetujui suara majoriti ahli dewan. “Menurut Peraturan 90 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya…
-
Kerajaan cadang usul ungkai Ordinan-Ordinan Darurat
KERAJAAN hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementerian berkaitan di Dewan Rakyat. Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021. Selain itu, ia turut meliputi…