Tag: Najib Razak

  • Pendakwaan beritahu Najib henti ulas kes 1MDB

    Pendakwaan beritahu Najib henti ulas kes 1MDB

    PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Razak membuat aduan kepada Mahkamah Tinggi bahawa bekas perdana menteri dan pasukan peguamnya membuat ulasan di media mengenai kes sedang berjalan. Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata Najib melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan media semalam yang menyentuh isu sedang dibicarakan oleh mahkamah.…

  • ‘Najib boleh hadir sidang Parlimen jika….’ – Azhar Harun

    ‘Najib boleh hadir sidang Parlimen jika….’ – Azhar Harun

    AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini, boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat jika mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu untuk hadir kerana Najib berada di…

  • Najib dijanjikan sumbangan tambahan US$1.17 bilion oleh kerabat diraja Arab Saudi – Saksi

    Najib dijanjikan sumbangan tambahan US$1.17 bilion oleh kerabat diraja Arab Saudi – Saksi

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dijanjikan sumbangan tunai tambahan US$1.17 bilion daripada seorang individu yang didakwa sebagai ahli keluarga diraja Arab Saudi bagi menghargai usaha bekas perdana menteri itu memperkenalkan Islam ke seluruh dunia. Berdasarkan dua pucuk surat yang dibacakan di mahkamah oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, wang tunai…

  • Akaun Najib sensitif kerana beliau individu terdedah secara politik – Saksi

    Akaun Najib sensitif kerana beliau individu terdedah secara politik – Saksi

    SEORANG pegawai AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau perlu berhati-hati dalam menguruskan akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun razak kerana ia satu akaun ‘sensitif’ yang dimiliki individu terdedah secara politik (PEP). Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57 berkata perkara itu juga disebabkan jumlah wang yang besar yang dimasukkan menerusi…

  • RM2.23 bilion dimasukkan ke akaun Najib oleh syarikat berkaitan Jho Low, Putra Faisal – Saksi

    RM2.23 bilion dimasukkan ke akaun Najib oleh syarikat berkaitan Jho Low, Putra Faisal – Saksi

    SEORANG pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa RM2.23 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2011 hingga 2013 oleh tiga pihak, termasuk dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57,…

  • Kes dana SRC kedua Najib didengar setelah selesai semakan sabitan

    Kes dana SRC kedua Najib didengar setelah selesai semakan sabitan

    MAHKAMAH Tinggi hari ini menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) membabitkan RM27 juta.  Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya ditetapkan tarikh sebutan lain bagi kes itu, sementara menunggu permohonan semakan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman…

  • Peguam Shafee ketuai permohonan semakan,pengurusan kes SRC Najib 21 Okt

    Peguam Shafee ketuai permohonan semakan,pengurusan kes SRC Najib 21 Okt

    PERMOHONAN semakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC), ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 21 Okt. Peguam bekas Perdana Menteri itu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes SRC yang lain, berhubung…

  • ‘Tiada amaran ketika dana RM2.03 bilion dipindah dari akaun Najib’ 

    ‘Tiada amaran ketika dana RM2.03 bilion dipindah dari akaun Najib’ 

    TIADA tanda amaran dikeluarkan berhubung pemindahan keluar AS$620 juta  (RM2.03 billion) daripada akaun Datuk Seri Najib Razak pada 2013, kata pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi. Kata saksi ke-37 pihak pendakwaan, ia menjadi sebab kenapa transaksi melibatkan bekas perdana menteri itu tidak diberhentikan. Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah…

  • Bicara 1MDB: Ambank, kerajaan capai perjanjian

    Bicara 1MDB: Ambank, kerajaan capai perjanjian

    MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu terdapat perjanjian penyelesaian berjumlah RM2.83 bilion di antara Ambank dan Kerajaan Malaysia, berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata perjanjian penyelesaian membabitkan akaun 1MDB di Ambank, dan ia dibuat bagi membolehkan bank berkenaan tidak dikaitkan dengan isu syarikat pelaburan…

  • RM2.08b daripada sembilan transaksi masuk akaun Najib

    RM2.08b daripada sembilan transaksi masuk akaun Najib

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, akaun peribadi AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerima kemasukan wang berjumlah RM2.08 bilion melalui sembilan transaksi pada 2013. Lapor Berita Harian, Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, yang juga saksi ke-37 pendakwaan mengesahkan kemasukan wang itu ke dalam…