Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MCMC Archives - Page 2 of 2 -

Tag: MCMC

  • Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui dan radas

    Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui dan radas

    SEBUAH syarikat didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kulim atas kesalahan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan radas yang menyebabkan gangguan mudarat pada 2019. Syarikat tersebut iaitu Z In Hotel Sdn Bhd menerusi wakilnya Goh Siew Leong bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dihadapan Hakim Mirza Mohamad. Mengikut pertuduhan…

  • Video muzik kontroversi, Vida dipanggil SKMM

    Video muzik kontroversi, Vida dipanggil SKMM

    SELEPAS Datuk Seri Aliff Syukri, kini usahawan sensasi Datuk Seri Vida pula dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada Khamis, bagi membantu siasatan video muzik raya yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.  Vida dalam satu hantaran di media sosial berkata, dia menuruti segala arahan SKMM selepas terdapat pihak yang…

  • Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai MCMC

    Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai MCMC

    ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mendakwa orang dihubungi telah melakukan kesalahan. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan peringatan itu susulan pihaknya menerima aduan daripada seorang pengadu yang telah menerima panggilan daripada individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz yang…

  • Kementerian tidak boleh sekat serta-merta video raya Aliff Shukri – Annuar 

    Kementerian tidak boleh sekat serta-merta video raya Aliff Shukri – Annuar 

    WALAUPUN video Aidilfitri Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman banyak pihak yang mendakwa kandungannya mencolok mata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai hak untuk menyekat serta-merta. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya perlu melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil. “Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita.…

  • ‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri

    ‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri

    USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini. Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu. “Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.…

  • Video muzik kontroversi, Aliff Syukri hadir beri keterangan di SKMM

    Video muzik kontroversi, Aliff Syukri hadir beri keterangan di SKMM

    USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri. Beliau tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu. “Maaf ya, saya kena…

  • Hantar komunikasi lucah: Pekerja kontrak dipenjara tiga tahun

    Hantar komunikasi lucah: Pekerja kontrak dipenjara tiga tahun

    PADAH menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook, seorang pekerja kontrak pembinaan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hakim Habibullah, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas 12 pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Noorhisham menjatuhkan…

  • Scammer guna whatsapp, bermaharajalela tipu mangsa

    Scammer guna whatsapp, bermaharajalela tipu mangsa

    BAGAI cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu, setiap bulan pasti terdapat kes ‘scammer’ yang berjaya menipu mangsa melalui modus operandi yang berbeza. Namun kali ini modus operandi mereka adalah menyamar sebagai mangsa dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada kenalan rapat mangsa untuk meminta bantuan atau pinjaman berbentuk wang. Berkongsi pengalaman kepada SatuBerita, mangsa, Nur…

  • Rasuah: Timbalan Pengarah MCMC dipenjara enam bulan, denda RM87,000

    Rasuah: Timbalan Pengarah MCMC dipenjara enam bulan, denda RM87,000

    SEORANG pegawai kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM87,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung kelulusan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu ke atas Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E-Dagang MCMC, Mohd Iskandar King,…