Tag: maut
-
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
SEORANG lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pekarangan sebuah rumah di Kampung Numbak di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.…
-
Pemuda maut dihempap lif
SEORANG pemuda maut dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, Sabah, petang Isnin. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.21 petang. Katanya, sejurus sampai di lokasi, pasukan…
-
Tiga beranak maut nahas 3 kenderaan
TIGA beranak maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, Pahang, pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera…
-
Warga emas maut dalam kebakaran rumah flat
SEORANG warga emas maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat dua Flat Medan Warisan di Kuantan, Pahang pada pukul 3.20 petang ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Ramle Mohamad, 64, yang berasal dari Taman Tas di sini difahamkan menyewa di rumah itu seorang diri. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital…
-
Kelindan maut tercampak dari lori langgar treler
SEORANG kelindan maut selepas tercampak keluar dari lori membawa muatan besi aluminium apabila kenderaan itu melanggar sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer (km) 250 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Seremban pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa Mohamad Nur Imran Hamidun 23, bersama pemandu…
-
Bapa, anak maut dipercayai terkena renjatan elektrik
DUA beranak keturunan Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan menggunakan peralatan diperbuat daripada bateri kereta di Temerloh, semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang juga seorang bapa berusia 45 tahun dan anak lelakinya berumur 16 tahun ditemukan pada 3.40 petang dalam keadaan terbaring di tepi sungai…
-
Dua hari hilang, pembantu kesihatan ditemukan meninggal dunia
SEORANG Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam, Selangor yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu, ditemukan meninggal dunia dalam tali air Parit 8 Barat, semalam. Mayat mangsa berusia 50 tahun ditemukan oleh rakannya dalam keadaan terlingkup di lokasi kejadian pada 2.15 petang. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd…
-
[VIDEO] Wanita maut langgar tong sampah PBT
SEORANG pelayan restoran maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tong sampah milik sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek, Klang, Selangor, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, Nurul Fazira Abdullah, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara, pembonceng motosikal yang juga rakannya, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril,…
-
Pekerja maut terjatuh dalam mesin pengisar
SEORANG operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu. “Ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi, mangsa (Fenddy) sedang tunduk melakukan pembersihan pada mesin…
-
Lelaki rentung kereta terbabas, terbakar
SEORANG lelaki ditemukan rentung di dalam kereta dipandunya yang terbabas sebelum terbakar di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Balai Undang Sungai Ujong, dekat Seremban, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mangsa yang berusia 35 tahun itu dipercayai memandu sendirian dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah ketika nahas berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi, “Sejurus tiba…