Tag: Mahkamah Rayuan
-
Pesawah petik kes Najib, berjaya tangguh hukuman penjara sementara tunggu rayuan
SEORANG pesawah berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada rakan sekampung sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya dengan memetik kes Datuk Seri Najib Tun Razak. Peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohamad yang mewakili Mohamad Faiz Mohd Ruseli telah memetik kes Najib yang disabitkan dengan tujuh…
-
Dadah: Ketua jurumasak terlepas hukuman penjara seumur hidup
SEORANG ketua jurumasak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar kanabis. Noel Harry Hungan, 34, bagaimanapun perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan pada 10 Mei 2016 dan dikenakan 10 sebatan selepas Mahkamah Rayuan menggantikan pertuduhan pertama daripada mengedar 2,811 gram kanabis kepada…
-
Bekas Pengerusi Felda disabit rasuah diberi pasport sementara ke UK
MAHKAMAH Rayuan Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya di sebuah universiti di United Kingdom 30 Mac ini. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata pasport itu yang akan diserahkan kepada Mohd…
-
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib masukkan bukti baharu kes SRC International
MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya. Keputusan dibuat selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera…
-
Kes SRC: Permohonan Najib hanya untuk lengahkan keputusan mahkamah
PENDAKWAAN dalam kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd membantah permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya dan menyifatkan ia sebagai usaha bagi melengahkan keputusan mahkamah dalam kes itu, yang dijadual diumumkan pada Rabu ini. Menerusi afidavit jawapan yang dikeluarkan kepada media, Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi…
-
Rosmah gagal batalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid
PERMOHONAN Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan…
-
Gagal hadir prosiding, mahkamah tidak keluar waran tangkap Rosmah
Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya dengan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini. Berita Harian melaporkan panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun memerintahkan Rosmah hadir di mahkamah Isnin ini bagi mengikuti prosiding…
-
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC
MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan penyampaian keputusan rayuannya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes salah guna dana SRC International Sdn Bhd. Dalam surat ditandatangani timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron berkata permohonan Najib dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan…
-
Mahkamah benar Najib pinda tarikh pelepasan, pemulangan pasport ke Singapura
MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas mendapati bekas perdana menteri itu telah mengemukakan alasan munasabah dalam permohonannya. Tiga panel hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata mahkamah tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk meluluskan permohonan itu sekiranya tiada alasan munasabah diberikan. “Mahkamah telah…
-
Rayuan ibu mualaf ditolak, 2 anak kekal bukan Islam
MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan seorang ibu yang mualaf dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam secara unilateral dua kanak-kanak. Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes guru tadika M. Indira…