Tag: kosmetik
-
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi dua produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut ialah Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser, yang masing-masing mengandungi hydroquinone, manakala Rissa Skin Moisturiser juga mengandungi tretinoin serta betamethasone 17-valerate. Beliau berkata…
-
Kosmetik kandungi bahan bahaya tarik balik 24 jam dari pasaran
PRODUK kosmetik dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna akan diarah ditarik balik dari pasaran dalam masa 24 jam, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Dr Noor Azmi berkata, bagi produk yang mendatangkan risiko kecil atau produk yang tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan, ia perlu ditarik balik dari pasaran…
-
Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik
PENGASAS atau peniaga produk kosmetik tidak boleh menggunakan gelaran profesional seperti doktor untuk mengiklankan produk di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata peraturan itu termaktub dalam garis panduan pengiklanan untuk kosmetik yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pada masa sama, katanya, pengasas produk kosmetik tidak boleh membuat…
-
PGA9 rampas barangan runcit, kosmetik, tembakau seludup hampir RM500,000
BATALION 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas pelbagai jenis barangan runcit, kosmetik dan tembakau bernilai RM440,950 yang ditinggalkan di dalam sebuah lori dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan, semalam. Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata rampasan dilakukan pada kira-kira 6.30 pagi selepas sepasukan anggotanya yang sedang membuat rondaan melihat lori…
-
Peniaga kosmetik maut, isteri dan dua anak cedera
Oleh Mohd Lazim Endut SEORANG peniaga kosmetik maut, manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping dekat Kampung Matang, Kuala Berang, malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, mangsa, Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia…