Tag: KDN

  • Dewan Rakyat lulus RUU IPCC dengan undian suara

    Dewan Rakyat lulus RUU IPCC dengan undian suara

    DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan berhubung aduan tatakelakuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan dibahas seramai 18 Ahli Parlimen. Hamzah pada sesi penggulungan perbahasan…

  • Dewan Rakyat lulus usul batalkan keputusan tolak SOSMA

    Dewan Rakyat lulus usul batalkan keputusan tolak SOSMA

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) berjaya membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk lima tahun lagi. Usul yang dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu diluluskan di Dewan Rakyat selepas keputusan undian belah bahagian, lapor Astro…

  • KDN sedia bantu KPDNHEP bendung ketirisan minyak masak subsidi

    KDN sedia bantu KPDNHEP bendung ketirisan minyak masak subsidi

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedia menggerakkan agensi di bawahnya seperti Polis Diraja Malaysia bagi membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membendung isu ketirisan minyak masak bersubsidi. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan KPDNHEP dalam isu membabitkan kebajikan rakyat bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang menyalahgunakan…

  • KSM, KDN akan perhalusi proses pengambilan pekerja asing Indonesia, Bangladesh

    KSM, KDN akan perhalusi proses pengambilan pekerja asing Indonesia, Bangladesh

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan esok untuk meneliti dan memperhalusi proses berkaitan pengambilan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata proses pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini sudah dapat ditangani dan pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh telah membuat proses pengesahan. “Esok saya akan adakan…

  • KDN sedang kumpul bukti isu warga Indonesia pegang kad pelarian tidak sah

    KDN sedang kumpul bukti isu warga Indonesia pegang kad pelarian tidak sah

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengumpul bukti berhubung isu pemberian kad pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) secara tidak sah. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata setakat ini pihaknya belum mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu, memetik laporan Astro AWANI. “Saya belum adakan perbincangan lagi. Saya nak cari lebih banyak bukti dan mahu pastikan apa…

  • Muhyiddin nafi terima dana RM1.3 juta daripada UKSB, sedia disiasat SPRM

    Muhyiddin nafi terima dana RM1.3 juta daripada UKSB, sedia disiasat SPRM

    TAN Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018. Bekas perdana menteri itu berkata, gambaran yang seolah beliau menerima sogokan itu adalah palsu kerana pada ketika itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan tugasan sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN) telah diambil alih oleh…

  • Bekas pengarah UKSB nafi berbohong pada bicara kes rasuah Zahid Hamidi

    Bekas pengarah UKSB nafi berbohong pada bicara kes rasuah Zahid Hamidi

    BEKAS pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) hari ini menafikan beliau berbohong dan tidak jujur ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini. Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas timbalan perdana menteri…

  • Ahmad Zahid akan bantu UKSB selepas terima wang – Saksi

    Ahmad Zahid akan bantu UKSB selepas terima wang – Saksi

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membantu syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) selepas mendapat bantuan kewangan daripada mereka. Bekas pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata sumbangan itu diterima Ahmad Zahid antara 2014 dan 2018. Pada prosiding lepas, Wan Quoris Shah memberitahu mahkamah bahawa…

  • Rasuah VLN: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah satu pertuduhan pindaan

    Rasuah VLN: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah satu pertuduhan pindaan

    BEKAS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Ahmad Zahid, 69, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan…

  • Malaysia rancang keluar kad perakuan pelarian sendiri

    Malaysia rancang keluar kad perakuan pelarian sendiri

    KERAJAAN sedang merancang untuk mengeluarkan sendiri kad perakuan pelarian melalui agensi yang bertanggungjawab dalam perihal tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata, Malaysia yang sepatutnya menentukan sama ada pelarian itu boleh tinggal di negara ini dan diberikan kad dikeluarkan oleh agensi kerajaan Malaysia bertanggungjawab. “Sepatutnya Malaysia yang tentukan sama ada seseorang itu boleh tinggal di…