Tag: kamarul zaman mamat
-
3,500 polis bertugas penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram
SERAMAI 3,500 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, pada Sabtu ini. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata seramai 2,500 pegawai dan anggota ditempatkan di pusat penamaan calon PRK Pulai dan kawasan…
-
Dua lelaki menyamar anggota polis ditahan
POLIS menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam dipercayai menyamar sebagai anggota polis di sebuah kawasan perumahan di Kukup, Pontian, petang semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata tangkapan pada pukul 6 petang ke atas warga tempatan berumur 43 dan 48 tahun itu susulan satu laporan berhubung video tular menerusi media sosial pada…
-
12 ditahan setakat ini bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
SERAMAI 12 individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di Tampoi, Johor Bahru pada 27 Mei lepas. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun. “Sehingga hari ini kita telah tahan 12 orang yang dipercayai terlibat dalam…
-
Polis Johor beri amaran, penganjur pesta seks bebas bakal diambil tindakan tegas
POLIS Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas “Gang Bang JB Party” agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara seumpama itu adalah menyalahi undang-undang, dan boleh dikenakan tindakan tegas. Beliau berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak…
-
Pensyarah universiti rugi RM1.3 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah universiti di Iskandar Puteri mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan. Beliau berkata individu itu mendakwa mangsa terlibat dengan pemalsuan laporan COVID-19 di Sabah sebelum…
-
Polis rampas cecair, peranti vape bernilai RM1.55 juta
POLIS menahan tiga individu dan merampas 2,753 kotak mengandungi pelbagai jenis cecair serta peranti rokok elektronik (vape) bernilai RM1.55 juta di sebuah premis di Jalan Eco Perniagaan 1/2, Taman Eco Perniagaan, Johor Bahru semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 22 hingga 25 tahun itu, ditahan…
-
Empat lelaki rugi RM20 juta, lelaki ditahan tipu jual jam, beg mewah
SEORANG lelaki warga tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah premis kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, Ahad lalu, susulan laporan mangsa di daerah Johor…
-
Kanak-kanak maut didera: Terdapat kesan lebam pada seluruh tubuh – Ketua Polis Johor
POLIS mengesahkan terdapat kesan penderaan pada tubuh badan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut di sebuah rumah di Jalan Ria 2 Taman Skudai, di sini, dua hari lepas. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata terdapat kesan lebam di keseluruhan tubuh badan mangsa menerusi laporan awal bedah siasat yang diterima. “Laporan…
-
Polis rampas rokok seludup bernilai kira-kira RM7.7 juta termasuk cukai
POLIS merampas 1,029 kotak dipercayai mengandungi rokok seludup bernilai kira-kira RM7.7 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Belati, Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas, di sini semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan pada 12.30 tengah hari itu merampas kira-kira 51,000 karton rokok pelbagai jenama termasuk Redwood, Bosston dan Paragon namun…
-
Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket Macau Scam
SEORANG peniaga kerugian RM1.02 juta selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkannya mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat miliknya. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima laporan kejadian daripada mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun, semalam. “Mangsa menerima panggilan daripada pihak sindiket itu…