Tag: JPJ
-
Siasatan segera bersama SPRM berhubung video lesen ‘gerenti lulus’ – JPJ
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat siasatan segera dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan seorang pempengaruh media sosial bernama Azrul Affandi Sobry mengenai ‘Lesen Terbang’. JPJ dalam satu kenyataan menyatakan perkara itu dipandang serius, dan individu berkenaan akan dipanggil bagi mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan. “JPJ ingin menegaskan bahawa tidak akan…
-
11 pekerja perkhidmatan P-Hailing Selangor terbabit kemalangan maut
SERAMAI 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib. Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga sebanyak 12 kes melibatkan kecederaan parah dan 65 kes cedera ringan turut dicatatkan, melibatkan pekerja sektor…
-
JPJ sasar 462,124 ujian memandu tertangguh selesai sebelum akhir tahun
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan semua ujian yang tertangguh di 232 institut memandu di seluruh negara melibatkan 462,124 calon akan selesai sebelum akhir tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Aedy Fadly Ramli berkata bagi mencapai sasaran itu, jabatan tersebut akan menambah bilangan penguji sehingga 20 peratus, bergantung pada keperluan setiap institut memandu. “Selain itu,…
-
Warga emas diberi layanan khas sebelum meninggal – JPJ
WARGA emas yang meninggal dunia di kerusi ruang kaunter menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam, telah diberikan layanan khas tanpa perlu beratur untuk berurusan. Kenyataan JPJ hari ini memaklumkan suhu badan lelaki berusia 76 tahun itu semasa memasuki premis adalah normal dan status MySejahtera juga menunjukkan vaksinasi…
-
Warga emas meninggal dunia di ruang menunggu kaunter JPJ
SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor, pagi tadi. Polis menerima satu laporan pada jam 10.21 pagi berkenaan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu jabatan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan,…
-
JPJ tawarkan ganti dokumen percuma
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting secara percuma kepada mangsa banjir di Yan, Kedah termasuk Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) . Menurut ciapan JPJ di Twitter, gantian dokumen menerusi inisiatif “touch point” jabatan itu khas untuk semua mangsa banjir di lokaliti tersebut yang mengalami kerosakan…
-
Tiada lagi moratorium pembaharuan lesen memandu, cukai jalan
Oleh Abu Ubaidillah Rahman PEMILIK kenderaan perlu memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) sebelum 30 September ini susulan tempoh penamatan moratorium. Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, pengguna jalan raya akan berdepan tindakan penguatkuasaan tegas jika masih gagal berbuat demikian bermula 1 Oktober ini. Katanya,…