Tag: Itali
-
Kematian tragedi bot karam Itali melebihi 100 mangsa
SEKURANG-kurangnya 100 pendatang asing tanpa izin (PATI) dikhuatiri maut termasuk 12 kanak-kanak, selepas bot dinaiki mereka pecah dipukul ombak semasa dalam perjalanan ke Crotone, Itali minggu lalu. Difahamkan, bot membawa 200 penumpang itu merangkumi warga Afghanistan, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq dan Iran. Mayat PATI berkenaan ditemui terdampar di pantai pusat peranginan tepi laut berdekatan wilayah…
-
Runtuhan glasier di Itali ragut tujuh nyawa
SERAMAI tujuh individu disahkan maut sementara 14 lagi masih hilang selepas runtuhan besar glasier Alpine di Itali, pada Isnin. Runtuhan itu menyebabkan gelongsoran ais, salji dan batu yang menuruni cerun gunung tersebut, lapor Astro AWANI. Usaha menyelamat dan pencarian semakin mencabar disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Di bandar peranginan Canazei, sebuah bilik mayat telah…
-
Presiden Ukraine, pemimpin Eropah bincang perang dengan Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara Kyiv pada Khamis dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia. “Hari yang sibuk. Mesyuarat penting,” lapor Agensi Anadolu memetik perkongsian Zelensky di akaun Telegramnya. “Gembira bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz, Perdana Menteri Itali Mario Draghi dan…
-
Tujuh maut nahas helikopter
SEBUAH helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali pada Sabtu. Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna, sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany, menghubungi pihak berkuasa selepas menemui serpihan bangkai pesawat itu, lapor Xinhua. Menurut…
-
‘Lama tunggu makanan’, lelaki tembak tukang masak
SEORANG suspek lelaki ditahan polis selepas didakwa menembak seorang tukang masak di sebuah restoran di tengah bandar Adriatik Pescara, di Abruzzo, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) memetik sumber. Pemilik restoran itu berkata, kejadian berpunca daripada pertengkaran ketika menunggu makanan. Mangsa berusia 23 tahun kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Sementara itu, suspek…