Tag: haji
-
Pakej Rahmah Haji ditawarkan bawah RM50,000
BAKAL jemaah haji tahun ini berpeluang untuk merebut Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada harga pakej di bawah RM50,000. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, sejumlah 23 PJH yang ditemui menyambut baik Pakej Rahmah Haji itu malah ada yang sudah menawarkan harga lebih…
-
Formula baharu bayaran haji lebih lestari diperlukan – TH
PENGARAH Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, formula baharu mengenai bayaran haji yang ditanggung oleh jemaah haji diperlukan untuk memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji secara menyeluruh. Menurut beliau, Tabung Haji (TH) bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen sewajarnya…
-
Pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa tipu pakej haji
SEORANG pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang warga emas berhubung pakej haji furada membabitkan kerugian RM24,000, empat tahun lepas. Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu seorang wanita berusia 69 tahun dengan memperdayakannya sehingga mendorong…
-
EMRAZ sasar 12,000 jemaah umrah manfaat pembiayaan bersama AmBank Islamic
SEBUAH agensi pelancongan dan pengendali Umrah dan Haji, Emraz Travel & Tours menjangkakan 12,000 jemaah bakal menggunakan pakej pembiayaan umrah patuh syariah yang diperkenalkan melalui kerjasama strategik dengan AmBank Islamic, pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif EMRAZ Datuk Dr Haji Zulkarnain bin Endut berkata, pada tahun lalu, EMRAZ telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke…
-
TH komited teruskan bantuan kewangan haji tahun depan
TABUNG Haji (TH) akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar tahun depan bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan. Agensi itu menerusi satu kenyataan berkata, memaklumkan langkah itu diambil biarpun kos haji Muassasah dijangka terus meningkat kepada RM31,000 seorang pada tahun depan, berbanding RM28,632, tahun ini. “Bagi persiapan musim haji tahun depan,…
-
Arab Saudi benarkan wanita tunai ibadah haji dan umrah tanpa mahram
KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram. Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam. Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi…
-
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji – Idris
BAKAL jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata haruslah menjadi panduan dan ingatan bahawa syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah berkemampuan dan tidak membebankan. “Kita perlu faham konsep menunaikan ibadah dan Allah SWT tidak…
-
Bakal haji tidak boleh terus bergantung pada bantuan kewangan
SEJURUS berakhirnya musim haji tahun ini, isu kemungkinan akan berlaku lagi peningkatan bayaran mengerjakan ibadah itu untuk jemaah muassasah di negara ini kembali dibicarakan. Kemungkinan berlaku peningkatan bayaran itu dibayangkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar pada bulan lepas, apabila beliau menyatakan Tabung Haji dijangka membincangkan tentang isu kenaikan kos musim depan dengan kerajaan. Bagi…
-
Visa pelancong boleh tunai umrah tapi bukan ketika musim haji
KEMENTERIAN Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi sekali lagi menegaskan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dibenar menunaikan ibadah umrah semasa berada di negara itu, tetapi tidak ketika musim haji. Perkara ini selari dengan pengumuman pindaan ke atas peraturan visa itu oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi minggu lalu yang antara lain menyatakan pemegang visa…
-
Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di tanah air
SETELAH genap 40 hari berada di Tanah Suci, kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia iaitu KT50 yang melibatkan seramai 284 orang jemaah akhirnya selamat tiba di tanah air. Kepulangan mereka disambut sendiri Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin. Mereka tiba di Lapangan…