Tag: Filipina
-
Gunung berapi Mayon muntahkan asap, Filipina keluar amaran risiko kesihatan
PIHAK berkuasa Filipina mengeluarkan amaran “risiko kesihatan” berikutan abu dan gas toksik yang dimuntahkan dari gunung berapi Mayon. Terdahulu, lebih 12,800 penduduk yang tinggal di sekitar Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina dipindahkan ketika ia meletus, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA). Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata ia telah merekodkan sekurang-kurangnya satu…
-
Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
SEBELAS individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu. Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pada Jumaat, pihaknya menerima maklumat sebuah Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan…
-
Gempa bumi kuat landa Filipina
GEMPA bumi berukuran 6 pada skal Richter melanda Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua. Menurut institut itu gempa berlaku pada 2.10 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 11 km barat daya bandar Batuan di wilayah Masbate di pulau Luzon. Gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan…
-
Korban banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang, 23 lagi hilang
ANGKA korban akibat hujan lebat dan banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang manakala sekurang-kurangnya 23 yang lain masih hilang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Selasa. Tiga kematian dilaporkan di wilayah Bicol di Luzon, dua di wilayah tengah Filipina manakala lapan lagi di selatan Filipina. Menurut NDRRMC berhubung mangsa yang…
-
Angka kematian di Filipina akibat ribut tropika Nalgae meningkat kepada 150
SEKURANG-kurangnya 150 orang maut dalam ribut tropika Nalgae yang melanda Filipina pada hujung minggu lepas, yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di banyak bahagian negara Asia Tenggara itu, kata kerajaan pada Khamis. Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata 94 orang disahkan mati manakala identiti 56 yang maut sedang disahkan. Daripada 36 yang…
-
Pelajar kolej Filipina pakai topi elak tiru jawapan
PARA pelajar memakai apa yang dipanggil topi anti-penipuan semasa mereka mengambil peperiksaan di kolej telah menjadi tular di media sosial di Filipina baru-baru ini. Mereka diminta memakai penutup kepala bagi menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan peperiksaan rakan-rakan lain di sebuah kolej di Bandar Legazpi. Ramai antara mereka mencipta topi buatan sendiri daripada kadbod, kotak…
-
Gempa bumi Filipina: 10 maut, lebih 300,000 penduduk terjejas
GEMPA bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) pada Ahad. Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar dan majlis perbandaran mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik. Gempa berukuran tujuh pada skala Richter itu berlaku di…
-
Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, 3 maut, 1 cedera
TIGA maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua. Menurut pihak tentera penyerang yang menaiki van melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman yang membantu proses pengundian di bandar Buluan. Mangsa adalah penyokong kepada seorang ahli politik tempatan yang bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar. …
-
Malaysia atasi Filipina, sentuhan Pan Gon mula tunjuk impak positif
SKUAD Harimau Malaya memulakan era baharu di bawah Ketua Jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon dengan bergaya apabila menewaskan Filipina 2-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1, Saingan Tiga-Negara FAS yang didominasi sepenuhnya pasukan negara, malam ini. Pada aksi di Stadium Nasional di Singapura itu, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul pemain paling…
-
COVID-19: 5.03 juta kematian seluruh dunia
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 249 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 46 juta kes.Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.…