Tag: dipenjara
-
Rogol kanak-kanak, mekanik dipenjara 7 tahun, sebat
SEORANG mekanik dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Muhammad Amirul Abdullah, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Tertuduh diarah menjalani hukuman penjara berkenaan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada…
-
Juruteknik dipenjara 6 bulan ugut sebar gambar bogel bekas teman wanita
SEORANG juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lalu. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu terhadap Wan Azuan W Ismail, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita berusia 22 tahun melalui panggilan…
-
Naib Presiden Argentina dihukum penjara enam tahun kerana rasuah
MAHKAMAH Persekutuan di Argentina menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Naib Presiden Cristina Fernandez de Kirchner pada Selasa dan melarangnya memegang jawatan awam. Panel tiga hakim mendapati Fernandez de Kirchner bersalah melakukan penipuan berhubung pemberian kontrak kerja awam di wilayah selatan Santa Cruz, lapor Agensi Anadolu (AA). Hakim Jorge Gorini membacakan keputusan itu melalui sidang…
-
Dipenjara 10 bulan, curi seluar dalam lelaki
Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang ibu kepada tiga anak atas kesalahan mencuri pakaian termasuk pakaian dalam lelaki, keseluruhannya bernilai RM1,256.60 di sebuah pusat membeli-belah, minggu lalu. Tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman, lapor Utusan Online.…
-
Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
SEORANG buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya. Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh Taher Md Abu, 55, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa…
-
Lans Koperal dipenjara 10 tahun, denda RM10,000 sebabkan buruh cedera parah
SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal dipenjara 10 tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kualw Lumpur hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lepas. Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Baxter Kisar, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes…
-
Ahli perniagaan rempuh polis bertugas di SJR PKP dipenjara 4 tahun
SEORANG ahli perniagaan dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang, Selangor selepas mengaku memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas. Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas K. Kalaichelvan, 45, hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah…
-
Bekas Pengerusi Felda disabit rasuah diberi pasport sementara ke UK
MAHKAMAH Rayuan Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya di sebuah universiti di United Kingdom 30 Mac ini. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata pasport itu yang akan diserahkan kepada Mohd…
-
Remaja ‘dimandikan seperti jenazah’ ketika cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000
SEORANG remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di Selangor. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, yang memakai kemeja T berwarna biru selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri…