Tag: Bot karam
-
18 pemancing, kru bot karam di Langkawi ditemukan selamat
PEMANCING dan kru yang dilaporkan hilang di perairan Langkawi selepas bot dinaiki mereka disyaki karam petang semalam ditemukan dalam keadaan selamat. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kesemua mangsa diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan. “Alhamdulillah pada 11.45 malam tadi, kesemua 18 pemancing dan…
-
14 pemancing, empat kru hilang, bot disyaki karam di Langkawi
SEBUAH bot yang dipercayai membawa empat kru dan 14 pemancing hilang selepas bot dinaiki mereka disyaki karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah dekat Langkawi, Kedah, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata insiden itu dipercayai berlaku pada kira-kira 2…
-
Bot karam, tekong dikhuatiri lemas
SEORANG tekong warga Indonesia dikhuatiri lemas di laut selepas bot lantingan dinaikinya karam di perairan Sibogo, Pulau Banggi, Kudat, semalam. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kemudian mengaktifkan Operasi Carilamat selepas menerima aduan tekong bot lantingan yang gagal dihubungi sejak 5 pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, mangsa, Rijal…
-
Bot karam, 7 PATI hilang, 6 terselamat
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SERAMAI tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) hilang manakala enam lagi terselamat selepas bot yang dinaiki karam pada kedudukan 0.3 barat daya Pontian Besar, Pontian, hari ini. Dalam kejadian dikatakan pada awal pagi itu, bot yang dinaiki membawa 13 PATI warga Indonesia termasuk tekong karam dipukul ombak kuat semasa cuba memasuki…
-
Bot karam: dua lemas, seorang masih hilang
KEGEMBIRAAN sembilan individu termasuk enam beradik berekreasi di Pantai Batu Payung, Tawau, Sabah semalam berakhir dengan tragedi, apabila perahu dinaiki mereka karam di perairan Batu Payung dipukul ombak, mengakibatkan dua lemas, dan seorang masih hilang. Dua beradik yang lemas dikenali Saiful Muhaimin, 15, ditemukan di laut, adiknya Jaidi, 5, terdampar di persisir pantai, manakala kakak mereka Rahena, 20, masih…
-
Bot karam Tanjung Balau: Satu lagi mayat ditemukan
SATU lagi mayat lelaki dipercayai mangsa insiden bot karam Tanjung Balau, ditemukan terapung berdekatan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Batu Layar, di sini, kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata mayat berkenaan dijumpai berpakaian lengkap tanpa kasut dan berdasarkan pemerhatian, mangsa…
-
Tragedi bot karam, 17 nelayan terselamat
SERAMAI 17 nelayan tempatan terselamat selepas bot yang dinaiki karam di muara Kuala Kemaman, Kemaman semalam. Dalam kejadian pada jam 5.15 pagi itu, semua mereka diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman selepas orang awam menghubungi agensi berkenaan. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima aduan…
-
Bot karam, tiga warga Indonesia maut
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN TIGA lelaki warganegara Indonesia maut selepas bot yang dinaiki karam di Pantai Rambah, Pontian, hari ini. Ketiga-tiga mayat lelaki asing itu dikatakan terperangkap di celah-celah akar pokok di tepi pantai berkenaan. Orang orang awam yang melihat mayat tersebut memaklumkan kepada pihak polis pada pukul 5.40 petang. Pihak polis kemudian menghubungi Balai…
-
Lelaki hilang selepas bot terbalik di Kuala Selangor
SEORANG lelaki warganegara Indonesia dikhuatiri hilang di laut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat dilambung ombak kira-kira 13.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor, pada Rabu lepas (6 Okt). Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata pihaknya yang menerima laporan kejadian itu semalam, menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dikenali sebagai Sutri, 21.…
-
Bot karam, 10 pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Satang
Seramai 10 pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada kedudukan kira-kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang di sini, tengah hari tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa telah dilaktifkan pada 12 tengah hari tadi setelah…