Tag: Basarnas
-
Operasi SAR MV DAI CAT 06 antara negara ditamatkan -APMM
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 9 Jan lepas, ditamatkan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Sabtu lepas. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata operasi itu dihentikan selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemui sebarang…
-
Empat maut bangunan runtuh di Kalimantan Selatan
EMPAT orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan. Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) sembilan mangsa diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital. Basarnas menerima laporan pada 5.50 petang waktu Indonesia dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.35 pagi Selasa. Siasatan mengenai punca runtuhan sedang dijalankan. — BERNAMA