Tag: Banjir
-
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat, jumlah terkini 33,856 orang
JUMLAH mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini menjadikan jumlah terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara seramai 33,856 orang. Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pula berkurangan manakala Johor kekal merekodkan seramai 32 orang. Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa…
-
MB Terengganu mohon maaf tak dapat bersama rakyat ketika banjir
MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kesal dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama rakyat negeri itu ketika mereka berdepan banjir. “Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal tak terhingga kerana saya tak dapat bersama mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 Dis. “Saya tidak boleh memberi apa-apa alasan…
-
Banjir Terengganu: Hashim redha 151 lembu ‘ghaib’ sekelip mata
KESEDIHAN yang dirasai seorang penternak Hashim Abdul Latif, 65, tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, apabila 151 ekor lembu peliharaannya ‘ghaib’ sekelip mata, dipercayai dihanyutkan banjir dalam kejadian Isnin lepas, di Kampung Pengkalan Kubor, di sini. Banjir yang melanda semua daerah negeri Terengganu itu, menyebabkan Hashim dari Kampung Tembila menanggung kerugian kira-kira RM600,000, apabila lembu daripada pelbagai…
-
94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak. “Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir…
-
Bomba kerah dua helikopter ke kawasan terputus hubungan di Pantai Timur
JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan menggerakkan dua helikopter miliknya ke kawasan yang terputus hubungan akibat banjir di Pantai Timur, kata Pengarah Bahagian Operasi jabatan itu Datuk Nor Hisham Mohammad. Beliau berkata unit udara dikerahkan sekiranya bantuan aset darat dan air menghadapi masalah untuk ke kawasan yang terjejas akibat banjir seperti di Gua Musang, Kelantan yang…
-
25 orang terperangkap banjir di Polumpung
SERAMAI 25 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap banjir di pusat peranginan Polumpung, Kampung Melangkap Baru, di Kota Belud, pada Khamis. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, lima lelaki dan 20 wanita terperangkap selepas jalan raya dinaiki air dan kenderaan tidak dapat melaluinya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah…
-
Sarawak dan Selangor negeri terbaharu buka PPS
SARAWAK dan Selangor antara negeri terbaharu terjejas banjir menyaksikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di kedua-dua negeri berkenaan, setakat 8 pagi ini. Sementara itu, mangsa banjir di Perak meningkat berbanding malam tadi manakala Terengganu serta Kelantan semakin berkurangan, sebaliknya mangsa banjir di Pahang tidak berubah. Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sejumlah…
-
Jumlah mangsa banjir di Terengganu makin berkurangan
JUMLAH mangsa banjir di Terengganu semakin berkurangan dengan merekodkan sejumlah 25,895 orang pada pagi Jumaat berbanding 26,484 orang pada tengah malam Khamis. Setakat ini 181 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan bagi menempatkan 6,844 keluarga dari seluruh daerah yang terjejas banjir. Bagaimanapun, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi ini tiga…
-
Jumlah mangsa banjir di empat negeri menurun, Perak kekal
BILANGAN mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menurun pada sebelah petang hari ini berbanding pagi tadi, manakala di Perak tidak berubah. Di KELANTAN, seramai 25,755 orang daripada 8,015 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berkurangan berbanding 30,115 orang daripada 9,189 keluarga pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan 84 PPS…
-
Mangsa banjir di Kelantan berkurang
MANGSA banjir di Kelantan terus menurun kepada 27,689 orang sehingga jam 2 petang ini berbanding 30,143 orang pagi tadi. Ia membabitkan 8,518 keluarga yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tanah Merah, Tumpat dan Jeli. Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan melaporkan,…