Tag: Banjir di Kedah
-
681 mangsa banjir di Kedah masih di PPS
JUMLAH mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 681 mangsa daripada 177 keluarga setakat jam 8 pagi ini, berbanding 685 mangsa daripada 178 keluarga, tengah malam tadi. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata semua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS)…
-
Ibu baru bersalin terperangkap dalam banjir
SEORANG ibu bersama bayi 10 hari terperangkap selama lebih satu jam sebelum diselamatkan pasukan bomba selepas rumah mereka dinaiki air banjir di Kampung Binjai, Mukim Tajar, Alor Setar, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada…
-
Pemukat ikan korban banjir pertama di Kedah
SEORANG lelaki yang memukat ikan menjadi korban pertama banjir di Kedah selepas lemas di kawasan bendang berhampiran sungai di Kampung Seluang, Jitra, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mayat Omar Ismail, 22, ditemui jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan…
-
Banjir semakin teruk di Kedah – 823 dipindahkan ke PPS
JUMLAH terkini mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 823 orang berbanding 793 orang yang dilaporkan semalam, apabila keadaan semakin buruk sejak beberapa hari lepas. Sehingga jam 8 pagi tadi 232 keluarga sudah dipindahkan ke 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu. Ketua Bahagian Sekretariat…
-
Banjir semakin teruk, jumlah mangsa meningkat 754 orang
JUMLAH mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 754 orang sehingga jam 8 pagi tadi berikutan keadaan yang semakin buruk. Semua mangsa banjir membabitkan 205 keluarga kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff…