Tag: Bangunan
-
Empat maut bangunan runtuh di Kalimantan Selatan
EMPAT orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan. Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) sembilan mangsa diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital. Basarnas menerima laporan pada 5.50 petang waktu Indonesia dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.35 pagi Selasa. Siasatan mengenai punca runtuhan sedang dijalankan. — BERNAMA
-
[VIDEO] Bangunan belum siap musnah dalam kebakaran
SEBUAH bangunan yang masih dalam pembinaan musnah dalam satu kebakaran di tapak pembinaan Vista Wirajaya 2, Persiaran Pertahanan berhampiran residensi PV 9, Setapak hari ini. Kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu berlaku di tingkat dua di kawasan tempat letak kereta bangunan tersebut. Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, kawasan tempat…