Tag: Baling
-
Polis tahan enam individu terlibat kes pecah rumah di Baling
POLIS menahan sekumpulan individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis di sekitar daerah ini menerusi tiga serbuan yang dijalankan di Pulai dan Bongor dekat sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata penahanan semua suspek yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 56…
-
Kanak-kanak perempuan 12 tahun maut dalam kebakaran
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil, Baling, Kedah, terbakar kira-kira 7 pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa dikenali sebagai Nor Batrisha Razali. Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 7.08…
-
Tahanan meninggal dunia dalam lokap di Baling
SEORANG lelaki yang ditahan di dalam lokap di Balai Polis Baling, sementara menunggu untuk dihantar semula ke Penjara Alor Setar meninggal dunia, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata orang kena tahan (OKT) itu yang berumur 35 tahun mengalami sesak nafas dan sawan sebelum diberi rawatan oleh pegawai perubatan dari Hospital Baling…
-
Ibu terkejut anak berusia 14 tahun lahirkan anak
SEORANG ibu terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 14 tahun sarat mengandung selepas dibawa ke hospital selepas remaja berkenaan mengadu sukar membuang air besar, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya…
-
‘Nak tunggu kami jadi arwah?’, soal mangsa banjir di Baling makin hilang sabar
BUKAN sekali, sebaliknya sudah tiga kali banjir kilat melanda Kampung Iboi, Baling, Kedah yang membuatkan penduduk semakin hilang sabar menanti tindakan sepatutnya diambil pihak berkuasa. Mangsa banjir, Rabiatul Adawiyah, berkata sebagai penduduk, dia melihat masih tiada tindakan pantas dan drastik diambil sejak banjir besar melanda Jun lalu sehingga banjir kali ketiga baru-baru ini. “Banjir besar…
-
Sungai Kupang di Kampung Iboi melimpah lagi
PENDUDUK Kampung Iboi di Baling sekali lagi berdepan pengalaman menakutkan apabila air dari Sungai Kupang yang pernah membadai kawasan tersebut pada 4 Julai lalu, sekali lagi melimpah hari ini. Meskipun limpahan itu tidaklah seteruk seperti yang berlaku dalam kejadian menyayat hati mengorbankan tiga nyawa pada awal Julai lalu, limpahan air tersebut yang jelas berwarna kemerah-merahan…
-
41 mangsa banjir Baling ditempatkan di dua PPS
SERAMAI 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling sehingga pukul 8 pagi tadi. Ketua Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa rumah di lima kampung di daerah itu dinaiki air. “Lima…
-
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui memberi kelulusan kepada ECK Development Sdn Bhd untuk menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling sebagai ladang durian musang king pada skala besar. Beliau, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, ECK merupakan syarikat tempatan yang membeli Aman Mega, iaitu syarikat…
-
Mangsa banjir Baling pilu sambut Aidiladha tanpa tiga insan tersayang
KEDATANGAN Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling pada Isnin lepas. Bencana itu menyebabkan isterinya, Salmah Mat Akib, 53, anak tirinya, Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dan…
-
Tragedi dipercayai berpunca sumber air terkumpul di gunung
SUMBER air yang terkumpul terlalu banyak di Gunung Inas sebelum mengalir laju melalui puluhan cerun ke Sungai Kupang dipercayai menjadi punca bencana banjir serta kepala air di daerah ini, Isnin lalu. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tinjauan udara beliau bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menaiki helikopter semalam, mendapati tiada…