Tag: anak bulan

  • Anak bulan tidak mungkin nampak Khamis ini – IAC

    Anak bulan tidak mungkin nampak Khamis ini – IAC

    PUSAT Astronomi Antarabangsa (IAC) menjangkakan tiada kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Khamis ini dan dengan itu Aidilfitri diramal jatuh Sabtu bersamaan 22 April ini. Badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di akaun Twitternya memberitahu, ramalan dibuat berdasarkan maklumat astronomi. Bagaimanapun, tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa…

  • 29 Ramadan penentu 1 Syawal – Mufti Wilayah

    29 Ramadan penentu 1 Syawal – Mufti Wilayah

    PENENTUAN tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah…

  • Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok

    Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok

    UMAT Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.…

  • 29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan

    29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan

    PEJABAT Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja memaklumkan 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan petang ini. Ini akan disusuli pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja malam nanti. Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetuji Majlis Raja-Raja. Antara lokasi terlibat untuk melihat anak bulan Ramadan…

  • Esok tengok anak bulan, Ramadan menjelma

    Esok tengok anak bulan, Ramadan menjelma

    PENGISYTIHARAN tarikh mula berpuasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja esok sebaik tugas melihat anak bulan Ramadan dilaksanakan esok (22 Mac) bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah. Menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat…

  • Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac

    Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac

    TARIKH melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen. Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat…

  • Anda berada di mana? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah, hisab dan data di Malaysia, soal penyarah ulas polemik penetapan Hari Raya

    Anda berada di mana? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah, hisab dan data di Malaysia, soal penyarah ulas polemik penetapan Hari Raya

    PENETAPAN 1 Syawal 1443H bergantung kaedah baharu pencerapan yang dipraktikkan mulai tahun ini berdasarkan rukyah dan hisab. Kaedah itu dipersetujui dan digunakan empat negara di bawah Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS). Bercakap kepada BH Online, Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr…

  • Banyak negara Arab sambut Aidilfitri Isnin

    Banyak negara Arab sambut Aidilfitri Isnin

    ARAB Saudi dan kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam. Dalam satu kenyataan, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April). “Oleh itu, Ahad, 1 Mei akan menjadi hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri akan disambut pada Isnin, 2 Mei,” lapor…

  • Tarikh lihat anak bulan Syawal 1 Mei

    Tarikh lihat anak bulan Syawal 1 Mei

    TARIKH melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor…