Category: Semasa

  • Wang RM90,000 lesap ditipu ejen jualan kereta

    Wang RM90,000 lesap ditipu ejen jualan kereta

    SEORANG pemuda ‘berputih mata’ apabila wang untuk membeli kenderaan bernilai RM90,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan. Mangsa yang berusia 36 tahun itu ditipu ketika dalam proses membeli Honda HR-V melalui ejen jualan kereta. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga tempatan berkaitan penipuan urusan jual beli…

  • Selangor boleh tumbang jika Amirudin jadi calon MB

    Selangor boleh tumbang jika Amirudin jadi calon MB

    PARTI Hijau Malaysia menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan muka baharu menteri besar Selangor . Setiausaha Penaja parti itu, Abdul Razak Ismail mendakwa, kerajaan perpaduan mungkin tumbang sekiranya Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi dicalonkan untuk jawatan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang…

  • Penghantar makanan tunjuk kemaluan diburu

    Penghantar makanan tunjuk kemaluan diburu

    SEORANG wanita berdepan detik mencemaskan selepas penghantar makanan menunjukkan kemaluannya ketika memandu di Jalan Yaacob, Kuala Lumpur pukul 3.45 pagi semalam. Mangsa, 27, sedang memandu kereta di kawasan terbabit sebelum sebuah motosikal ditunggang penghantar makanan menghampiri kenderaannya. Menurut sumber, suspek kemudian mengeluarkan kemaluannya ketika sedang menunggang motosikal dan menunjukkan kepada mangsa. “Mangsa yang terkejut dengan…

  • Lima pelajar MRSM Balik Pulau ditahan, kes pukul junior

    Lima pelajar MRSM Balik Pulau ditahan, kes pukul junior

    POLIS menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sekolah berkenaan, Khamis lalu. Difahamkan, kejadian pada jam 11 malam itu berlaku di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan apabila seorang pelajar tingkatan tiga dipukul, dengan alasan lambat turun bagi solat Subuh.…

  • 9 pelajar lelaki ditahan kes buli di sekolah

    9 pelajar lelaki ditahan kes buli di sekolah

    SERAMAI sembilan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 16 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, siasatan awal mendapati terdapat dua kejadian berasingan membabitkan dua mangsa lelaki…

  • Kedah ‘diarah’ menjadi negeri miskin, kata Sanusi

    Kedah ‘diarah’ menjadi negeri miskin, kata Sanusi

    PENTADBIRAN Kedah sama ada yang sekarang atau sebelum ini tertakluk kepada dasar persekutuan dalam hal penggunaan tanah dan itu membawa kepada kadar kemiskinan yang tinggi di negeri terbabit, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi. Md Nor. Menegaskan bahawa Kedah merupakan ‘periuk nasi negara’, Sanusi berkata, negeri terbabit memiliki kawasan yang luas tetapi diarah untuk…

  • Akaun RM3.2 juta dibeku, 67 ditahan berkait tuntutan palsu Penjana Kerjaya

    Akaun RM3.2 juta dibeku, 67 ditahan berkait tuntutan palsu Penjana Kerjaya

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank bernilai RM3.2 juta untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung kes tuntutan palsu di bawah program Penjana Kerjaya. Ini dilakukan susulan penahanan 67 individu di seluruh negara dalam operasi khas Op Hire 2.0 sejak Selasa lalu sehingga semalam. Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan, tangkapan terbaharu membabitkan…

  • Shah Rukh Khan didakwa beri ‘duit kopi’ RM13 juta gugur kes dadah anak

    Shah Rukh Khan didakwa beri ‘duit kopi’ RM13 juta gugur kes dadah anak

    NAMA aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menjadi bualan di bibir peminat di India selepas beliau didakwa memberikan rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan. SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede. Lebih mengejutkan, tangkap…

  • Gambar bekas pemimpin UMNO ‘hilang’ semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan – Hishammudin

    Gambar bekas pemimpin UMNO ‘hilang’ semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan – Hishammudin

    DATUK Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada 14 Mei lalu, adalah janggal. Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, penjelasan kepada akar umbi parti itu perlu diberikan mengenai hubungan yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai UMNO. “Saya faham konvensyen itu…

  • Laporan: SPRM nak panggil bekas menteri, Tan Sri sekali lagi

    Laporan: SPRM nak panggil bekas menteri, Tan Sri sekali lagi

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memanggil bekas menteri kanan dan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri untuk soal siasat sekali lagi berhubung dakwaan penyelewengan dana awam lebih RM2.3 bilion. Langkah itu diambil selepas SPRM dilaporkan merampas beberapa dokumen berhubung pengambilalihan saham yang melibatkan syarikat senarai awam. Langkah berkenaan yang berlaku pada 1990-an…