Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Politik Archives - Page 411 of 504 -

Category: Politik

  • Demi perpaduan ummah, Pas sanggup bermain 10 gelanggang sekalipun – Hashim

    Demi perpaduan ummah, Pas sanggup bermain 10 gelanggang sekalipun – Hashim

    PAS sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak, bukannya terhad kepada UMNO sahaja demi mencapai matlamat perpaduan ummah. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, berkata demi mencapai matlamat utama itu juga, Pas sanggup melupakan tindakan zalim UMNO terhadapnya sebelum ini untuk bekerjasama melalui Muafakat Nasional (MN). Katanya, tindakan itu adalah bagi mematuhi perintah Allah supaya…

  • Peter Anthony tinggalkan Warisan, tubuh parti baharu

    Peter Anthony tinggalkan Warisan, tubuh parti baharu

    TIDAK sampai dua minggu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal begitu bersemangat mengembangkan sayap parti Warisan ke Semenanjung, hari ini parti tersebut mendapat satu lagi tamparan. Ia berikutan keputusan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti tempatan baharu. Turut bersama Peter hari ini ialah ADUN Limbahau, Juil Nuatim yang turut mengumumkan…

  • PN gabungan paling mesra, pendekatan BN sudah usang

    PN gabungan paling mesra, pendekatan BN sudah usang

    PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Perikatan Nasional (PN) adalah gabungan yang paling mesra manakala pendekatan yang hanya disertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja sudah usang, ketinggalan zaman serta bermasalah. Menurut beliau, kewujudan PN dibina dengan jalinan perpaduan yang perlu dikukuhkan dan dilakukan penambahbaikan atas asas yang sama dengan pentafsiran yang merdeka daripada ikatan fahaman…

  • Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan Covid-19

    Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan Covid-19

    TUJUH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan Covid-19. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang megesahkan perkara itu berkata, ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif Covid-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini…

  • KKM siasat Ahli Parlimen Hulu Langat, didakwa tidak patuh SOP

    KKM siasat Ahli Parlimen Hulu Langat, didakwa tidak patuh SOP

    AHLI Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus boleh dikenakan denda RM1,000 jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk menjalankan kuarantin di rumah sebaik pulang dari luar negara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini pihaknya sedang menyiasat mengenai dakwaan Hasanuddin tidak menjalani kuarantin tujuh hari selepas dilihat keluar ke kawasannya yang dilanda…

  • Anwar sedia lepas jawatan Presiden PKR jika ada muka baharu dipilih

    Anwar sedia lepas jawatan Presiden PKR jika ada muka baharu dipilih

    PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia melepaskan jawatannya sekiranya terdapat muka baharu yang dipilih untuk menerajui parti itu. Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau bersedia memberi laluan kepada muka baharu jika dipersetujui ahli parti. Jelasnya, beliau juga sedia memberi ruang sekiranya ahli-ahli parti itu secara konsensus atau sepakat menerima pemimpin…

  • Bersatu Johor pastikan Hasni terus pimpin kerajaan negeri

    Bersatu Johor pastikan Hasni terus pimpin kerajaan negeri

    Oleh RAHIMI MOHAMAD KESEMUA 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan memastikan Datuk Hasni Mohammad kekal memimpin kerajaan negeri setelah kedudukan di negeri itu genting susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian. Malah, mereka berpendapat tumpuan ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha untuk membantu rakyat di negeri itu yang diramal berdepan risiko banjir…

  • Tiada PRK untuk DUN Kempas – Speaker DUN Johor

    Tiada PRK untuk DUN Kempas – Speaker DUN Johor

    TIADA Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas meskipun terdapat kekosongan dengan pemergian penyandangnya Datuk Osman Sapian, semalam, kata Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat.  “Oleh kerana telah lebih tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan tiada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan, maka mengikut…

  • Osman dikebumi di JB selepas zohor

    Osman dikebumi di JB selepas zohor

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN JENAZAH bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, Johor Bahru hari ini dijadualkan selepas waktu zohor. Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md. Nasir Hashim memberitahu, pihaknya mendapat makluman perkembangan tersebut daripada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas…

  • Bersatu lulus pindaan perlembagaan, tubuh Srikandi Muda

    Bersatu lulus pindaan perlembagaan, tubuh Srikandi Muda

    BERSATU meluluskan sembilan pindaan kepada perlembagaan parti bagi penubuhan sayap baharu Srikandi Muda pada Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu, hari ini. Pindaan Perlembagaan Bersatu itu diluluskan sebulat suara tanpa dibahaskan.  Usul pindaan perlembagaan itu dibentangkan oleh Naib Ketua Srikandi Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan disokong Naib Ketua Armada Ceasar Mandela Malakun di hadapan kira-kira 1,000…