Category: Kemalangan/Bencana
-
Murid Tahun 1 maut dalam perjalanan ke sekolah
SEORANG kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Lintas di Kota Kinabalu pukul 5.48 pagi tadi Budak perempuan itu yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, dua lagi mangsa…
-
Suami isteri maut, anak parah kemalangan di LPT2
SEPASANG suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi-Ajil, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, mangsa, Mohd Ghani, 68, dan Minah Abdullah, 69, yang berasal dari Kampung Tok Rimau di Kuala Terengganu…
-
Konvoi motosikal:Dua wanita maut terperosok bawah treler
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN DUA wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka secara berasingan semasa berkonvoi terbabas dan merempuh treler di laluan bertentangan di Jalan Gunung Pulai, Kulai kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. Kemalangan tersebut membabitkan tiga kenderaan iaitu treler Volvo dan motosikal Y15ZR serta Y16ZR yang ditunggang Suria Othman, 36 tahun dan seorang lagi…
-
Sudah 5 hari pesara guru meninggal
SEORANG pesara guru dipercayai sudah lima hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemukakan tengah malam tadi. Mayat Mustaffa Abdul Ghani, 67, ditemukan di rumahnya di Taman Chukai, dekat Kemaman, dalam keadaan terbaring di bilik tidur selepas pintu kediamannya dipecahkan anggota polis, pukul 12 tengah malam. Rakan, Mohammad Sabrin Hassan, 51, berkata, dia pelik selepas gagal menghubungi…
-
Suami isteri maut, 2 anak parah nahas di LPT2
PASANGAN suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 267.2, berhampiran susur keluar Jabor dekat Kemaman, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), hari ini. Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi…
-
Lelaki warga AS cedera, jatuh di air terjun Rimba Kanching
SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat cedera akibat terjatuh ketika mandi di air terjun Rimba Kanching di Rawang hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 11.16 pagi. Susulan itu katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat…
-
Seorang maut insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
SEORANG kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian dekat Jertih kira-kira pukul 8.15 pagi tadi. Mangsa, Rahmat Mat Ariffin, 43, dari Kampung Nail, Kuala Besut disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar…
-
Wanita maut kereta dipandu terhumban dalam gaung
SEORANG wanita maut selepas kereta yang dipandu terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Lubuk Yu dekat Sungai Jering, di Maran, hari ini. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 pagi dan seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dikejarkan ke lokasi kejadian. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba…
-
Pemandu dan kelindan maut, lori alami masalah brek
SEORANG pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di Bukit Tangga, Jalan Seremban- Kuala Klawang di Jelebu, pukul 5.15 petang semalam. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, nahas itu membabitkan sebuah lori tanpa muatan dipandu lelaki tempatan berusia 50-an bersama dua kelindan warga…
-
Remaja hilang ditemukan lemas di Air Terjun Chamang
REMAJA lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong semalam ditemukan lemas hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemukan pada 9.52 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. “Mayat mangsa diserahkan…