Author: Admin
-
Lelaki didakwa tipu dapatkan sumbangan pengajian RM270,000 daripada Jakel untuk maahad tahfiz
SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menipu dalam urusan mendapatkan sumbangan pengajian daripada Jakel Trading Sdn Bhd, membabitkan nilai berjumlah RM270,000. Mohamed Noor Mohamed Amin, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa…
-
‘SPRM tak pernah salah guna kuasa kenakan Syed Saddiq’
SEORANG pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa agensi tersebut tidak pernah menyalahgunakan kuasanya untuk mengenakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung siasatan kehilangan wang berjumlah RM250,000 di kediaman Ahli Parlimen Muar itu. Muhamad Khairi Muhamad Rodi, 33, berkata, sebaliknya siasatan dijalankan bagi mencari sumber wang…
-
4 keldai akaun ditahan babitkan kerugian mangsa hingga RM400,000
Oleh WARTAWAN SATU BERITA POLIS Pulau Pinang menahan empat lelaki yang dipercayai bertindak sebagai keldai akaun oleh sindiket pinjaman online dan pelaburan tidak wujud serta Macau Scam dalam serbuan berasingan di negeri itu dan di Perak, semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek lelaki berusia 25 hingga 48 tahun…
-
KTMB hentikan perkhidmatan Ekpres Wau, rugi RM6 juta setahun
PERKHIDMATAN kereta api Ekpres Wau Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dari Tumpat ke Kuala Lumpur terpaksa dihentikan berikutan berdepan kerugian RM6 juta setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, ia berikutan pihak KTMB menanggung kos operasi yang agak tinggi. “Untuk makluman, KTMB tidak dapat meneruskan perkhidmatan disebabkan…
-
Polis tumpaskan sindiket seludup diesel terbesar di Johor
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi terbesar di negeri itu selepas menahan 19 lelaki di sebuah jeti di Sungai Tiram, Kota Tinggi, kelmarin. Menerusi serbuan pada pukul 1 pagi itu, sebanyak 122,000 liter diesel dan sebuah kapal tangki, tiga buah tangki treler, tujuh hos minyak beserta enjin dan sistem GPS…
-
Tanam Musang King untuk lindungi semula kawasan di Gunung Inas:Bekas MB Kedah
Oleh RIZQI ZABIDI Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan keputusan kerajaan negeri pimpinannya untuk menanam Musang King di Gunung Inas, Baling adalah untuk melindungi semula kawasan tersebut yang sudah dibalak sebelumnya. Beliau menegaskan, kerajaan negeri pimpinannya memberi kelulusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, alam semula jadi,…
-
PKR Pahang buat 10 laporan polis terhadap Najib
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Pahang telah membuat sebanyak 10 laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kecuaiannya sehingga menyebabkan Malaysia berdepan tuntutan RM67.5 billion daripada waris kesultanan Sulu. Ketua Cabang (PKR) Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan kertas siasatan dibuka dan tindakan terhadap Najib dapat…
-
PGA7 rampas beg tangan, kasut seludup bernilai RM3.3 juta
BEG tangan serta kasut terpakai bernilai lebih RM3.3 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran berjaya dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan dalam operasi dilakukan di Bukit Bunga, Tanah Merah pada pukul 6 petang kelmarin. Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika kejadian, anggota PGA7 terbabit sedang membuat rondaan…
-
Penganggur didakwa samun dan bunuh wanita
SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini atas empat pertuduhan berbeza dalam satu kejadian samun dan bunuh pada 5 Julai lepas. Tertuduh K. Yogeswaran, 33, didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Siti Zulliana Said, 52, di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Dia…
-
Dituduh bunuh ibu kandung, duda berdepan hukuman mati
SEORANG duda berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada 5 Julai lalu. Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, yang merupakan penganggur selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, lapor Sinar Harian. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan…