Author: Admin

  • Sultan Johor lawat pangkalan udara RSAF di Sembawang

    Sultan Johor lawat pangkalan udara RSAF di Sembawang

    SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melawat Pangkalan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Sembawang bersempena lawatan rasmi tiga hari baginda ke Singapura. Ketibaan Sultan Ibrahim yang diiringi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim disambut Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen. Turut hadir Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Ketua Turus…

  • Ibu dakwa anak ‘terjebak’ sindiket tipu dikurung di Laos

    Ibu dakwa anak ‘terjebak’ sindiket tipu dikurung di Laos

    TERPEDAYA dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya ‘terjebak’ sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian. Itu nasib yang menimpa sembilan lelaki rakyat Malaysia yang kini dipercayai berada di Laos dan mendakwa turut dikurung dan dipukul oleh ‘majikan’ mereka. Ibu seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy…

  • Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia

    Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia

    BEKAS Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Idris Jusi dilaporkan meninggal dunia pada Khamis. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berita pemergian Mohd. Jusimelalui perkongsian dalam Facebook miliknya lewat malam tadi. Anwar dalam hantarannya semalam turut menyatakan rasa duka dan mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham. “Menerima khabar duka, sahabat lama…

  • Tawaran iklan jualan keahlian, lambang PBPM adalah palsu – Bukit Aman

    Tawaran iklan jualan keahlian, lambang PBPM adalah palsu – Bukit Aman

    TAWARAN iklan jualan keahlian dan lambang Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia (PBPM) yang kini tular di media sosial adalah palsu, kata Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin. Sehubungan itu, beliau berkata polis menjalankan siasatan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan iklan berkenaan. PDRM mengesan satu iklan di media sosial yang mempromosikan jualan keahlian dan lambang…

  • Bekas pengarah syarikat didakwa 64 pertuduhan babit kerugian RM10.56 juta

    SEORANG bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas 64 pertuduhan menyalahgunakan, memalsukan dan menggunakan cek bank palsu berjumlah RM10.56 juta. Bekas pengarah dan pemegang saham Syarikat Amani Cergas Berhad, Ooi Yee Ling, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Harian Metro melaporikan, Yee…

  • Menyamar wanita perdaya lelaki sertai pelaburan Bitcoin palsu

    Menyamar wanita perdaya lelaki sertai pelaburan Bitcoin palsu

    POLIS mengesan taktik satu sindiket yang menyamar sebagai wanita dalam media sosial untuk memujuk mangsa terutama lelaki menyertai pelaburan Bitcoin dalam talian yang tidak wujud. Taktik itu digunakan satu sindiket penipuan pelaburan tersebut yang menjadikan seunit kondominium di Batu 9 Cheras, di Kajang sebagai pusat panggilan, sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun kkegiatan sindiket itu tumpas…

  • 10,000kg ketam sejuk beku dari Indonesia dirampas

    10,000kg ketam sejuk beku dari Indonesia dirampas

    JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 10,000 kilogram (kg) ketam sejuk beku dari Indonesia di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada pukul 4.10 petang Isnin lalu. Menurut Maqis Selangor, keseluruhan rampasan tersebut melibatkan 10,000 kg itu bernilai RM46,000. “Pemeriksaan mendapati kontena yang membawa ketam sejuk beku itu tidak mempunyai sebarang permit import sah yang…

  • Buruh binaan dipenjara sembilan bulan ugut cincang isteri dengan parang

    Buruh binaan dipenjara sembilan bulan ugut cincang isteri dengan parang

    SEORANG buruh binaan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah mengugut untuk mencincang isterinya menggunakan parang dalam kejadian pada 18 Julai lalu. Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Muhammad Hisyam Abdullah, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret…

  • Isu Sulu: Malaysia menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid

    Isu Sulu: Malaysia menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid

    MALAYSIA mampu mendapat kemenangan ‘mudah’ dalam menolak tuntutan kumpulan Sulu sekiranya memberi maklum balas pantas menerusi hujahan ketika prosiding timbang tara di Mahkamah Madrid. Menurut Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal, ketika proses timbang tara oleh penimbang tara, Dr. Gondoza Stampa itu, negara sepatutnya menghantar wakil peguam bagi…

  • Dakwaan tukar MB Kedah tak berasas

    Dakwaan tukar MB Kedah tak berasas

    Oleh RIZQI ZABIDI PAS Kedah menolak dakwaan kononnya parti itu memiliki perancangan untuk menggantikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan individu lain bagi memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan dalam Pas Kedah. Malah katanya, pihaknya akan mencadangkan kepada Pas Pusat untuk mengekalkan Muhammad Sanusi…