Author: Bernama
-
Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas PM bertaraf menteri
TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.…
-
Syed Saddiq didakwa gubah wang haram RM100,000
AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas. Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut kedua-dua pertuduhan, Syed Saddiq…
-
Usul undi percaya kepada Muhyiddin bukti demokrasi masih hidup – Saifuddin
PENGUMUMAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembentangan usul undi percaya kepada beliau pada sidang Parlimen bulan depan membuktikan amalan demokrasi di negara ini masih hidup, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata pengumuman itu sekurang-kurangnya boleh menamatkan perdebatan berhubung keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri yang sering kali dibangkitkan oleh pihak…
-
PM tiba di Istana untuk menghadap Agong pagi ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan dinaiki Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara kira-kira 10.53 pagi. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pula dilihat memasuki Pintu 2 Istana negara pada 9.30 pagi.
-
Seluruh penduduk Wuhan disaring selepas kes baharu Covid-19 dikesan
BEIJING, 3 Ogos (Bernama) — Pihak berkuasa bandar Wuhan,China, tempat pertama virus COVID-19 dikesan, memutuskan untuk melakukan ujian saringan terhadap keseluruhan 11 juta penduduknya di bandar ini selepas beberapa kes baharu dikesan, kata kerajaan tempatan pada Selasa. Awal hari ini, China melaporkan 90 kes bergejala dan 41 kes tidak bergejala. Tiga kes bergejala dan lima tidak bergejala dilaporkan di…
-
E-Dagang bantu industri fesyen berkembang sepanjang PKP
Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Perang melawan pandemik COVID-19 banyak mengubah kehidupan masyarakat di negara ini, ada yang menjadi penganggur, tidak terkecuali peniaga dan usahawan, dengan ada yang terpaksa ‘gulung tikar’. Antara yang terkesan ialah industri fesyen dan kebanyakan terpaksa menutup butik serta premis kerana beban kewangan kos sewa dan…
-
Pemimpin demonstrasi ditahan
Polis Thailand hari ini menahan pemimpin penunjuk perasaan, Jatupat Boonpathararaksa bersama 20 lagi peserta tunjuk perasaan kerana melanggar Dekri Darurat dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit. Jatupat Boonpathararaksa ditahan selepas mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di luar Biro Pencegahan Narkotik (NSB) di Jalan Vibhavadi Rangsit awal hari ini, menuntut pembebasan tiga penunjuk perasaan yang ditahan…
-
Himpunan sekadar tarik perhatian – Ahli Akademik
TINDAKAN beberapa Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu. Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk…
-
Empat kes positif Covid-19 di Parlimen mungkin varian Delta
EMPAT sampel genom berkaitan kes positif COVID-19 di Parlimen hasil saringan pada 29 Julai lepas berkebarangkalian besar adalah varian Delta, berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran terkini di Facebook rasminya berkata sampel ini yang diterima Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai…
-
Penangguhan Sidang Khas tiada agenda politik – Ismail Sabri
Penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan, dan bukannya disebabkan oleh agenda politik, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan perkembangan kes positif yang berlaku dalam tempoh…