Keputusan, penyata pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu diwartakan

0
275

KEPUTUSAN dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata pewartaan itu turut membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos lalu.

“Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas.

Pada 13 Ogos lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding lima negeri yang melaksanakan PRN iaitu sebanyak 74.79 peratus.

Beliau berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here