Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ustaz Fauzi ketuai Adun PN angkat sumpah hari ini -

Ustaz Fauzi ketuai Adun PN angkat sumpah hari ini

 SERAMAI sebelas wakil rakyat PERIKATAN NASIONAL (PN) Pulau Pinang yang menang pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang (PRN) ke-15 mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama (Majlis Angkat Sumpah Adun) Sidang DUN ke-15.

Selain itu, 29 wakil rakyat kerajaan negeri mengangkat sumpah dalam majlis yang sama diketuai Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Ustaz Mohd Yusni Mat Piah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat pembangkang buat kali kedua kali tidak keseorangan sebaliknya ditemani dengan sepuluh muka baharu wakil rakyat pembangkang lapor Harakahdaily.

Sesi angkat sumpah giliran pembangkang bermula dengan Adun Sungai Dua iaitu Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu, Zulkefli Bakar sebagai Adun Penanti, diikuti Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Adun Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali, Adun Telok Ayer Tawar, Azmi Alang.

Seterusnya ialah Adun Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim; Adun Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah; Adun Permatang Berangan, Mohd Sobri Salleh; Adun Telok Bahang, Muhamad Kasim; Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dan Pulau Betong, Mohamad Shukor Zakariah.