Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh penghuni lain -

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh penghuni lain

SEORANG penghuni sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lain di pusat jagaan sama, minggu lepas.

Lai Mun Kong, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Lai didakwa membunuh Lim Han Tong, 42, di dalam tandas blok A, pusat jagaan di Jalan Jelapang, Chemor dekat sini antara 6 pagi hingga 6.50 pagi, pada 24 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama