Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Muar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas pada 9 September ini.
Pengumuman tersebut dibuat sebaik sesi penamaan calon selesai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, hari ini.
PN meletakkan pakar bedah, Dr. Mazri Yahya manakala PH mempertaruhkan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ir. Nazri Abd. Rahman manakala S. Jegananthan mewakili Bebas.
Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah mengumumkan kedua-dua calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup tepat pada 10 pagi selepas dibuka 9 pagi tadi.
Terdahulu, Dr. Mazri tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.40 pagi manakala Nazri 8.50 pagi dan Jegananthan pula tiba pada pukul 8.55 pagi.
Kedua-dua calon itu diiringi penyokong masing-masing dengan turut kedengaran laungan ‘Allahuakbar’ dan reformasi yang menunggu di luar dewan terbabit.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalui akibat pendarahan otak. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.